CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang kena hon, jurujual tetak penunggang motosikal guna pisau potong daging dipenjara 10 tahun dan 2 sebatan

8-7-2026 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 465| Komen: 24

 


JURUJUAL yang menetak seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada Jun lalu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu.

Hakim ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Azmi Jantan, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, Azmi didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang lelaki berusia 45 tahun dengan menetaknya menggunakan pisau potong daging iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 14.6 laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13, kira-kira pukul 8.19 pagi, 11 Jun lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap, 11 Jun lalu.

Menurut fakta kes, mangsa yang juga eksekutif sebuah syarikat mengalami kecederaan patah tulang bahu, tulang tangan, tulang jari dan pergelangan tangan kiri serta luka di kepala dan muka.

Timbalan Pendakwa Raya, Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran serta faktor mangsa mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ penting akibat serangan tertuduh.

Azmi yang tidak diwakili peguam kemudian memohon mahkamah mengurangkan hukuman dan turut memaklumkan dia tiada tanggungan serta tidak mengenali mangsa.

mStar pada 11 Jun melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai menetak seorang penunggang motosikal dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging, dalam kejadian di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan dekat Seksyen 13, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati susulan mangsa membunyikan hon kepadanya.

Sumber : mStar


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 8-7-2026 05:57 PM
Hakim ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid


mmmm kakak ke adik ustaz don ni


Quote supernaturalee 8-7-2026 05:59 PM
Menurut fakta kes, mangsa yang juga eksekutif sebuah syarikat mengalami kecederaan patah tulang bahu, tulang tangan, tulang jari dan pergelangan tangan kiri serta luka di kepala dan muka.



semua punca kena tetak dgn pisau potong daging

Quote Kitty_catz 8-7-2026 06:17 PM
boleh geng dgn budak sekolah tu tp check dulu , ntah2 mmg ada oku mental ke, depression ke.. hon je punnnn
Quote blue_blur 8-7-2026 06:35 PM
Edited by blue_blur at 9-7-2026 11:03 AM
supernaturalee replied at 8-7-2026 05:59 PM
semua punca kena tetak dgn pisau potong daging

rasanya, mangsa kena himpit atau terajang sampai jatuh waktu ride tu (tu patah retak sana sini), mangsa dah berguling, tu sedap dia tetak berkali2 sampai luka..
Quote shernazz 8-7-2026 06:36 PM
Hakim dia kakak don daniyal ke
Quote shernazz 8-7-2026 06:36 PM
Patut krna hukum lagi berat
Pengajaran orang baran ni
Quote mejaputih 8-7-2026 06:52 PM
pesalah ni pemandu motor jugak ke?
Quote airfilterkotor 8-7-2026 09:46 PM
Menunggang, bukan memandu.
Quote tahanie 8-7-2026 10:06 PM
Bawak pisau tu memang untuk amuk orang ke
Quote B40tastePosh 9-7-2026 01:14 AM
supernaturalee replied at 8-7-2026 05:57 PM
Hakim ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid

Don Biyajid ni katanya nama keturunan bukan bin atau binti
Quote B40tastePosh 9-7-2026 01:16 AM
Wow ngeri patut kasi lama lagi, ada kemungkinan berpotensi menjadi pembunuh yang berjaya.
Quote Shayang 9-7-2026 06:24 AM
Weh sampai 10 tahun
Aku ingat tak cedera
Quote tweetytweety 9-7-2026 06:46 AM
supernaturalee replied at 8-7-2026 05:57 PM
Hakim ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid



Pakcik Gugel kata kakak & yang sulung dalam adik-beradik.
Quote tweetytweety 9-7-2026 06:54 AM
B40tastePosh replied at 9-7-2026 01:14 AM
Don Biyajid ni katanya nama keturunan bukan bin atau binti


Salasilah.
Asal datuk buyut atau moyang lelaki nama Hamidon.
Jadikan nama pendek Don kat hujung² tu
So, sumer keturunan selepas tu. Don untuk lelaki & Dona untuk perempuan.

Sekian, off topic jap pasal hakim kakak kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Quote ragazza 9-7-2026 08:10 AM
blue_blur replied at 8-7-2026 06:35 PM
rasanya, mangsa kena himpit atau terajang sampai jatuh waktu ride tu (tu patah retak sana sini), ma ...

Ni pun salah 1 insiden yang menambahkan statistik OT (operation theatre) macam yang blast off mentioned tu
Quote mejaputih 9-7-2026 08:37 AM

hahaha hamponnn silap penggunaan kata
Quote BoongaKertas 9-7-2026 08:46 AM
kesiannya mangsa. mamat ni tak sihat ke siap bwk pemotong dgg dlm motor?
Quote BoongaKertas 9-7-2026 08:47 AM
btw gigih iols google muka hakim ni. tak keluar plak.
Quote bbalik 9-7-2026 09:11 AM
tweetytweety replied at 9-7-2026 06:54 AM
Salasilah.
Asal datuk buyut atau moyang lelaki nama Hamidon.
Jadikan nama pendek Don kat hujung²  ...

sedahgeeee pizMIDON

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.074124 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top