|
Pelakon Anna Jobling akhirnya mengakui hubungan istimewanya dengan selebriti Indonesia, Karel Susanteo.
Memetik Media Hiburan, Anna berkata dia tidak mahu lagi merahsiakan hubungan tersebut serta berharap semua pihak mendoakan mereka. “Saya rasa semua orang dah boleh tengok dan tahu. Saya tiada apa-apa untuk diperkatakan. Saya hanya mohon doakan yang terbaik saja,” katanya. Sementara itu, Anna berkata dia dan kekasihnya belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya kerana buat masa ini mahu memberi fokus pada kerjaya. “Ketika ini, saya hanya fokus mengenai kerja saja. Tidur pun tak cukup. Seperti yang saya katakan doakan saja. Saya sangat sibuk dengan jadual kerja. Saya nak teruskan dulu dengan kerja-kerja saya. Saya tak nak terlalu terkejar-kejar,” katanya. Dalam pada itu, Anna berkata dia jatuh cinta terhadap Karel kerana tertarik dengan personaliti kekasihnya itu. “Saya tertarik dengan personalitinya. Itu saja yang saya boleh kongsikan,” katanya. Sumber: Media Hiburan
|
sexy_taec replied at 12-7-2026 09:40 PM
laaa tak jadi la nak membaiki keturunan. merqeen helok dah. konoha pulak dia pilih. tangkap la mat s ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-8-2026 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.063546 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.