CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perjuangan ini bukan tentang saya – Syed Saddiq

13-7-2026 08:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 660| Komen: 3

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan dan melepaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bukan sekadar kemenangan peribadi, sebaliknya mengukuhkan prinsip keadilan serta tanggungjawabnya untuk terus berkhidmat kepada negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Syed Saddiq berkata, perjuangan yang ditempuh selama lebih enam tahun tidak pernah berkisar mengenai dirinya semata-mata, sebaliknya demi mempertahankan prinsip dan masa depan Malaysia.

“Perjuangan ini tidak pernah hanya tentang saya. Ia sentiasa meletakkan Malaysia sebagai keutamaan. Dulu, sekarang dan selamanya. Sebab itu, selepas ini saya akan terus ke Parlimen untuk meneruskan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, sepanjang berdepan proses mahkamah, dia tidak pernah melarikan diri, menangguhkan prosiding atau meminta layanan istimewa.


Katanya, dia memilih untuk berdepan segala cabaran kerana percaya Malaysia perlu dipimpin oleh individu yang sanggup kehilangan kedudukan demi mempertahankan prinsip, bukannya menjual prinsip demi jawatan.

“Saya melawan bukan kerana saya membenci sesiapa. Saya melawan kerana saya terlalu mencintai Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun proses tersebut hampir merampas masa, nama baik dan masa depannya, ia tidak pernah menggugat keyakinannya terhadap negara.

Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapanya, keluarga, tunang, pasukan guaman, sahabat, rakyat Muar dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan serta doa sepanjang tempoh berdepan kes itu.

Katanya, pengalaman tersebut mengajarnya bahawa kuasa dan jawatan hanyalah sementara, namun prinsip, maruah dan khidmat kepada rakyat merupakan legasi yang akan terus kekal.

“Hari ini bukan hari untuk membalas dendam. Saya keluar dari mahkamah bukan dengan kebencian, tetapi dengan tanggungjawab yang lebih besar,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna dana Armada dan pengubahan wang haram.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 14-7-2026 06:14 AM
Hari suram utk haterz reput forum cari.... hanya mampo berkumpul buat benang low class berpagar je dek....

Nak pagar muka laki sendiri yg hodoh tu x mampo takut kena terajang hujung2 jadilah cam org sakit hotak tahap Tg. Rambutan. Puih kan jer haters neraka IQ double digit x de wawasan idop iteww.. ko sapaaa?!
Quote noor2 14-7-2026 07:56 AM
Alhamdulillah...moga cepat nikah...SS ni mmg cinta mati kat Bella ni...Bella pun sama
Quote SisterHong 16-7-2026 01:01 AM

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.033391 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top