CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Diabetes jenis 2 kini serang remaja seawal usia 14 tahun

16-7-2026 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 265| Komen: 4

 



KUALA LUMPUR – Penyakit diabetes jenis 2 yang sebelum ini lebih sinonim dalam kalangan orang dewasa kini dikesan menyerang remaja seawal usia 14 tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau, perkembangan itu amat membimbangkan kerana menunjukkan penyakit tidak berjangkit (NCD) semakin menular dalam kalangan golongan muda susulan peningkatan faktor risiko seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah.

“Kalau saya boleh sebutkan sedikit lagi, kita melihat individu didiagnosis dengan diabetes jenis 2 pada usia semuda 14 tahun. Ini sangat membimbangkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Richard Rapu (GPS-Betong) yang meminta statistik terkini penyakit tidak berjangkit bagi tempoh 2024 hingga 2026, khususnya peningkatan kes diabetes dan hipertensi dalam kalangan belia berusia bawah 30 tahun.

Menurut Dzulkefly, dapatan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) 2025 turut menunjukkan ramai golongan muda tidak menyedari mereka mempunyai faktor risiko penyakit tidak berjangkit.

Katanya, daripada 347,813 individu berusia 18 hingga 30 tahun yang disaring, seramai 341,257 orang atau 98 peratus tidak mempunyai sejarah penyakit tidak berjangkit sebelum ini.

“Bagaimanapun, 11,751 individu atau 34 peratus didapati mempunyai paras glukosa darah yang tinggi, manakala 30,170 individu atau 88 peratus pula mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi.

“Dapatan ini menunjukkan terdapat golongan muda yang sebenarnya mempunyai faktor risiko penyakit tidak berjangkit tanpa mereka sedari,” katanya.-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 16-7-2026 06:20 PM
Jenis sumbat anak air manis2 ni, takde didikan psl makanan sihat. Jenis masih beli susu pekat cap junjung ke apa ntah
Quote Orenn1 17-7-2026 02:43 AM
Anak minum manis2, mak gila makan manis2, dlm family takde educate ahli keluarga terutama anak2 tentang kepentingan nutrisi n healthy food.  Tukang buat makanan dlm rmh takde interest tentang healthy food utk family, kepentingan ber exercise. Klu ada anak tak rasa bersalah ke, pelik betul
Quote Purplehaz 17-7-2026 03:26 PM
aq somi satu family tak suka minum mkn manis2 cream cake coklat bagai ni yucks kat tekak..ntahlah tp syukur sgt, sampai ke ank2 bila suruh order air manis pun dorang xnak. tapi ada juga org dok ckp eh order air putih jer ker...adehhh otak bawah tempurung betul.  
Quote Purplehaz 17-7-2026 04:35 PM
apa susah pak munteri.. boleh Start dah arahan baru ..misi KKM dtg sekolah buat rutin saringan diabetes & kolestrol utk murid2.

Dan kantin2 sekolah Wajib no more jual air manis, bg Chinese tea kualiti atau air putih cukup. didik budak2 jgn minum manis dari kecil.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.029299 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top