CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Tendangan Faiz Subri Satu Dalam Sejuta

19-2-2016 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9399| Komen: 29

Description: Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.



Artikel : TS LOO
Video : Firdausz & TS LOO




Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Ini disebabkan keunikan lencongan bola itu sebelum menerjah ke dalam pintu gol Pahang dalam perlawanan Liga Super malam Selasa lalu.

Tidak lama kemudian, beberapa media luar negara seperti thesportbible dan eurosport.co.uk menyifatkan gol cantik itu sebagai luar biasa.

Menurut Thesportbible juga kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 nanti sebagai ‘Goal of the Year’.

Eurosport.co.uk pula menyifatkan gol lencongan seperti itu pastinya menjadi kebanggaan kerana mirip dengan gol cantik yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Brazil Roberto Carlos.

Bagi peminat bola sepak tempatan, gol cantik yang dihasilkan Faiz itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral dan antaranya dikongsi Facebook Harimau Malaya.

Bagaimanapun, bagi Mohd Faiz, sepakan itu lebih kepada nasib kerana tidak selalunya menjadi meskipun dia sebelum ini pernah beberapa kali mencuba membuat sepakan seperti itu. - CARI Infonet.




12

Bagus
21

Marah
43

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 19-2-2016 10:37 AM
[youtube]CEja1c_9vqA[/youtube]

Korang pulak nak ganti..

Among YouTube comments:

"Kepada pengulas, tolong inject ummpph sikit dalam ulasan. Gol terajaib mcm tu pun komennya bunyi mcm ulasan perarakan kereta berhias je....terlalu santai mantai.  kalau kat brazil depa sebut goooooooooooooollllllllllll sampai 50 harakat tuh..."

"COMMENTATOR: Satu jaringan yang "AGAK MENARIK"? just 'agak menarik' the best line you could utter from your fucking mouth?! And 'saya lebih tertarik untuk mengulas tentang sepakan percuma...' What else you wanna talk about when they are playing the footage? You BATIGOL [in reference to the Argentinian legend]. And 'jarang-jarang berlaku'? When you saw the other jarang-jarang if there is one?"
Quote kecimpret 19-2-2016 10:44 AM
ni laa keburukannya bila media prima dpt hak eksklusif...komentator cam lahabau




gol faiz tu lebih baik dr roberto carlos...freekick roberto carlos almost kat tgh padang, faiz dari tepi padang..lebih susah nak skor freekick dari tepi padang..bending faiz pun lebih dramatik banding dgn gol roberto carlos
Quote Bell 19-2-2016 10:53 AM
Thread dah ada weehhhhhhhhhhh
Quote all4rez 19-2-2016 11:00 AM
Giler kelake punya wartawan... Cam projek budak form 1 punya assignment..
Quote CARI-HBZ 19-2-2016 11:10 AM
Bell: Thread dah ada weehhhhhhhhhhh


Ini video official dari Cari.  Bukan thread ulangan
Quote iznanaziz 19-2-2016 11:17 AM
kalau tanya aku lah
sorang pompuan yg tak reti psl bola ni

korang, para lelaki jgn marah ek
mmg ajaib la tendangan dia tu, kuasa tuhan

kira nasib le jugak

cer dia buat cara tendangan yg sama lain kali

tentu berlainan...

Quote Simunggu 19-2-2016 11:22 AM
cuba minta dia buat tendangan ini lagi....sure ke laut punya...
Quote gagakbiru 19-2-2016 11:36 AM
Gol memang cantik tapi bola tu tak laju sangat..roberto carlos padu free kick dia dan mampu melengkung lagi..kalau neuer,courtois mampu kot sekurang-kurangnya tepis bola faiz..bola faiz tak bahaya tapi mengelirukan
Quote kemaruk 19-2-2016 11:42 AM
bangkem support wartawan cari

p/s bro @CARI-HBZ , kim salam kat izzah ka iin ka, ok?

pm kat bangkem whatsapp/wechat dorang
Quote kemaruk 19-2-2016 11:43 AM
Bell replied at 19-2-2016 10:53 AM
Thread dah ada weehhhhhhhhhhh

suka hati dia la nak bukak thread yang baru
Quote kemaruk 19-2-2016 11:44 AM
all4rez replied at 19-2-2016 11:00 AM
Giler kelake punya wartawan... Cam projek budak form 1 punya assignment..

bangkem suka TS Loo, dia punya report lebih bagus dari tv3 atau RTM
ayat pon cantik je tersusun

ko ape tau
Quote mdhelmi 19-2-2016 12:00 PM
bangga nama anak melayu naik
Quote teen_angelJB 19-2-2016 12:13 PM
More too kebetulan.hehe..
Nway..nice.shoot..
Quote jgfjhdjhg 19-2-2016 12:20 PM
kalau lg sekali dia boleh buat .maknanye dia mmg hebat.  kalau tk just sekali dlm sejuta je....hanya kenangan jela
Quote mikey.zid 19-2-2016 04:25 PM
kecimpret replied at 19-2-2016 10:44 AM
ni laa keburukannya bila media prima dpt hak eksklusif...komentator cam lahabau

setuju,.....setuju...
Quote BabyOnEarth 19-2-2016 05:43 PM
msti faiz subri pun tak sangka heols blh wat gol cenggitu
Quote Mizlyn 19-2-2016 06:30 PM
Wartawan tu abam spiderman ke?
Quote giyomi 22-2-2016 04:34 PM
Lar secara kebetulan jew khennn. len lah klu tiap kali dia tendang bole wat camtu, tu baru patut dijulang2. Btw I sibuk jer, bukan peminat bola pon
Quote minah_kidal 23-2-2016 08:41 AM
baru berpeluang nak tgk. pergh! mmg cantik! minah bagi berjuta2 bintang

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.058886 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top