|
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui tubuhnya mengalami kekejangan sehingga terpaksa berjalan bagi menamatkan tiga kilometer terakhir pada hari kedua Larian Kesyukuran Muar.
Perjalanan hari kedua bermula dari Labu sebelum melalui Seremban dan Pedas serta berakhir di Kota, namun keadaan fizikalnya semakin mencabar susulan hujan lebat dan keletihan. “Hari ini badan memang sangat terseksa. Kekejangan datang di seluruh badan dan ada ketika saya sendiri rasa sangat sukar untuk meneruskan larian. “Ketika saya merakam video ini pun, saya masih boleh rasa kekejangan itu akan datang,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini. Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan beliau tidak lagi mampu berlari ketika menghampiri lokasi penamat di Kota. “Untuk tiga kilometer terakhir menuju ke Kota (hari kedua), saya sudah tidak mampu berlari dan terpaksa berjalan. “Tetapi apabila sampai dan melihat lautan manusia menunggu, semangat itu datang semula,” katanya. Terdahulu Kosmo! melaporkan tabung kutipan dana sempena Larian Kesyukuran Muar anjuran Syed Saddiq mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya melepasi sasaran asal RM200,000 sebaik memasuki hari kedua cabaran tersebut. Berdasarkan kemas kini di laman rasmi kempen, jumlah kutipan setakat pukul 1.20 pagi hari ini mencecah RM361,848, iaitu 181 peratus daripada sasaran asal RM200,000, sekali gus melebihi sasaran sebanyak RM161,848. Syed Saddiq melaksanakan Larian Kesyukuran Muar sebagai tanda kesyukuran selepas beliau dibebaskan daripada sabitan dan hukuman yang dihadapinya pada Isnin lalu. Misi larian amal sejauh hampir 200 kilometer itu bermula di Istana Kehakiman, Putrajaya dan dijadualkan berakhir di Laman Maharani, Muar esok selepas melalui beberapa lokasi di Negeri Sembilan dan Johor sepanjang empat hari perjalanan. – KOSMO! ONLINE
|
Goodluckdontcry replied at 18-7-2026 03:29 PM
Katanya Larian Kesyukuran.. again kesyukuran..tp sampai sakit2 badan..pastu ibarat mengadu kpd umum. ...
Goodluckdontcry replied at 18-7-2026 03:29 PM
Katanya Larian Kesyukuran.. again kesyukuran..tp sampai sakit2 badan..pastu ibarat mengadu kpd umum. ...
cm_vungtau replied at 18-7-2026 09:28 PM
Dia nak kasi ipad la kat students kat Muar tu. Tu pasal dia berlari 4 hari. Ni hari ketiga dah 300k ...
Tehran replied at 18-7-2026 09:43 PM
Dia sendiri perlu duit
Yg kenal Ayam ni kenal sangat perangai dia
ninja boy replied at 18-7-2026 10:28 PM
Ada kawasan yg asik buat larian aje sampai jalan jem org nak pergi kerja sesak dgn larian, org punch ...
nolya replied at 18-7-2026 09:25 PM
Pandai pulak ko cakap orng yg tak setuju dgn ko 'Ada Aku Kesah'. Tapi kenapa ko kesah sangat dgn a ...
Tehran replied at 19-7-2026 12:03 AM
Dengar mcm tu lahhh .ganggu orang
Tehran replied at 18-7-2026 09:43 PM
Dia sendiri perlu duit
Yg kenal Ayam ni kenal sangat perangai dia
B40tastePosh replied at 19-7-2026 04:06 PM
Dia nak study PJJ kot... Acik sekarang ni pun belajar mengaji tajwid dan AL Quran onlen PJJ juga t ...
B40tastePosh replied at 19-7-2026 04:02 PM
Orang awam ganggu orang awam.
Tehran replied at 19-7-2026 06:55 PM
Ayam nak sambung belajar cara PJJ ?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-8-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036400 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.