CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiket pertembungan England-Perancis tak laku

18-7-2026 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 186| Komen: 2

 



Miami: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan berdepan kesukaran menjual tiket bagi perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia antara England dan Perancis.

Sehingga jam 10 pagi waktu United Kingdom (UK) semalam, kira-kira 7,000 tiket masih belum terjual, iaitu 36 jam sebelum sepak mula di Miami.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,246 tiket masih dijual secara terus pada harga £657 (kira-kira RM3,784) dan £855 (kira-kira RM4,924).

Sementara itu, 5,864 lagi tiket ditawarkan menerusi platform jualan semula rasmi FIFA dengan tiket kategori tiga paling murah berharga £346 (kira-kira RM1,993) tidak termasuk caj perkhidmatan FIFA sebanyak 15 peratus.

Badan induk bola sepak dunia itu turut menurunkan harga bagi kategori tiket yang lebih mahal untuk menarik minat penyokong.

Tiket kategori satu yang sebelum ini dijual pada harga £855 (kira-kira RM4,924) kini ditawarkan pada harga £500 (kira-kira RM2,880).

England akan berdepan Perancis bagi merebut tempat ketiga selepas tewas 1-2 kepada Argentina pada separuh akhir di Atlanta.

Skuad kendalian Thomas Tuchel mendahului 1-0 sehingga berbaki lima minit permainan sebelum dibolosi dua gol hasil dua bantuan jaringan Lionel Messi.

Perancis pula gagal mara ke final selepas tewas 0-2 kepada Sepanyol pada aksi separuh akhir di Dallas.

Sementara itu, tiket final Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol yang berlangsung Ahad ini juga masih belum habis dijual apabila lebih 1,000 tiket masih ditawarkan menerusi platform jualan semula rasmi FIFA.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-7-2026 05:05 PM
Ari tu aku check ticket final seat depan kat bawah tu dalam USD 38k+
Quote Purestteam1 18-7-2026 11:33 PM
main cabut lidi je la.. nak kejau bola buat lenguh badan je....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.060063 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top