|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan harga petrol boleh diturunkan sehingga 50 sen seliter yang kembali tular di media sosial tidak lagi realistik berdasarkan keadaan pasaran semasa serta beban subsidi yang ditanggung kerajaan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, angka 50 sen yang sering diperkatakan itu merujuk kepada keadaan ketika harga petrol di Arab Saudi sekitar 50 sen seliter, sebelum meningkat kepada sekitar RM2.40 hingga RM2.50 seliter ketika ini. “Saya tengok dalam media sosial orang kata, Anwar tak turun harga minyak. Saya pun tidak faham. “Ada yang kata, harga sepatutnya turun sehingga 50 sen. Ketika cadangan itu dibuat dahulu, harga petrol di Arab Saudi sekitar 50 sen seliter. “Sekarang di Arab Saudi pun harganya sekitar RM2.40 hingga RM2.50 seliter walaupun mereka antara pengeluar petroleum terbesar dunia,” katanya dalam laporan Berita Harian. Beliau berkata demikian ketika sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS), Kajang hari ini. Menurut Anwar, Malaysia masih mengimport hampir 50 peratus keperluan petroleum negara. Bagaimanapun, kerajaan terus mengekalkan harga RON95 pada kadar RM1.90 seliter menerusi subsidi yang besar bagi mengurangkan beban rakyat. Beliau berkata, setiap kali pengguna mengisi petrol, sebahagian daripada kos itu ditanggung kerajaan melalui subsidi yang keseluruhannya mencecah RM40 bilion setahun bagi petrol dan diesel. “Setiap kali saudara mengisi minyak, terdapat suntikan subsidi daripada kerajaan. “Keseluruhannya mencecah RM40 bilion setahun untuk petrol dan diesel. “Orang boleh kata suruh turunkan lagi harga minyak, tetapi siapa yang hendak membayarnya?” katanya. Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga RON95 tanpa subsidi bagi tempoh 16 hingga 22 Julai ditetapkan pada RM3.42 seliter, diesel tanpa subsidi RM4.07 seliter, manakala RON97 kekal pada RM4 seliter.
|
Purplehaz replied at 20-7-2026 05:49 PM
degil sgt xnak laksana gst ..yg ni boleh tanggung subsidi2 utk rakyat

Firenzza replied at 20-7-2026 12:39 PM
Kan dah ganti sst 8%, duti setem lg + naik kadar saman & penalti x cukup lg ke?
slavehunter: Brother Anwar boleh kasi settl ...
gigahertz replied at 20-7-2026 11:16 PM
SST kena pada warganegara sahaja.GST kena pada semua. Warga asing populasi 2-3 juta. Pelancong 1 j ...

xtermasuk lg china mainland yang masuk xkeluar smpi skrg 2Juta tu
L.U.S.M replied at 21-7-2026 01:39 AM
PATI pun dh berapa juta dlm msia ni xtermasuk lg china mainland yang masuk xkeluar smpi ...
gigahertz replied at 22-7-2026 01:14 AM
10% dari Populasi Malaysia adalah Warga asing. tu sebab subsidi tinggi. import makanan pun tinggi. ...


L.U.S.M replied at 21-7-2026 07:50 PM
Mana ada 10%
Lebih wehhh
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-8-2026 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.036995 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.