|
Umat Islam diingatkan supaya tidak sesekali mempermainkan lafaz talak walaupun sekadar bergurau atau dijadikan taruhan kerana ia boleh membawa implikasi besar terhadap institusi rumah tangga.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu hantaran di laman Threads berkata, isu tular seorang suami yang didakwa melafazkan talak tiga sekiranya Argentina tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Menurutnya, berdasarkan pandangan jumhur ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali, talak yang digantung dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat tersebut benar-benar berlaku. “Berdasarkan pandangan jumhur, apa yang dilafazkan suami itu ialah, ‘Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga.’ “Kemudian syarat itu benar-benar berlaku iaitu Argentina kalah, maka talak tersebut jatuh mengikut pandangan majoriti ulama,” katanya Beliau berkata, Rasulullah SAW turut mengingatkan bahawa terdapat tiga perkara yang tidak boleh dipermainkan iaitu nikah, talak dan rujuk kerana gurauannya juga dianggap serius di sisi syarak. Justeru, katanya, setiap Muslim perlu sentiasa menjaga tutur kata kerana satu lafaz yang diucapkan dalam keadaan bergurau atau emosi boleh memberi kesan besar kepada kehidupan. “Seorang mukmin hendaklah sentiasa menjaga lisannya. Ada kalanya satu lafaz hanya mengambil beberapa saat untuk diucapkan, tetapi kesannya boleh mengubah seluruh kehidupan,” katanya. Zulkifli turut menasihatkan pasangan yang berdepan situasi sedemikian supaya segera merujuk Mahkamah Syariah atau pejabat agama bagi mendapatkan pengesahan serta penyelesaian mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa. Terdahulu, tular dakwaan seorang wanita yang mendakwa suaminya melafazkan talak tiga sebagai syarat pertaruhan sekiranya Argentina tewas dalam aksi final Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
|
KamikuP replied at 21-7-2026 03:05 PM
Bini tak cantik dan kepam seperti acik yg berkuntum kat sini kot
https://b.cari.com.my/forum.php?mo ...
hart_attack replied at 21-7-2026 11:36 AM
kesian,tp mmg jatuh talak tu.
Talak 3 dh mmg x leh rujuk dh.
Yg laki tu nyesal ke
silance replied at 21-7-2026 06:43 PM
“Berdasarkan pandangan jumhur, apa yang dilafazkan suami itu ialah, ‘Kalau Argentina kalah, isteri ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-8-2026 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070294 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.