CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perdana Menteri baharu UK, Andy Burnham ikrar ikhtiar "perubahan terbesar" dalam tempoh 40 tahun

21-7-2026 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 72| Komen: 1

 



MOSCOW: Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), Andy Burnham berikrar pada Isnin dalam ucapan pertamanya di Downing Street untuk merealisasikan "perubahan terbesar" dalam politik dan ekonomi Britain dalam tempoh empat dekad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami akan menjadikan detik ini sebagai titik perubahan buat Britain, membawa perubahan terbesar dalam tempoh 40 tahun lepas, satu model politik baharu dan model ekonomi baharu,” katanya semasa berucap di pentas khas di luar kediaman rasmi Perdana Menteri.

Burnham berkata, UK telah tersilap langkah dalam beberapa hala tuju pada era 1980-an.

“Kuasa politik telah dipusatkan, manakala kuasa ekonomi diswastakan. Sebahagian besar kawasan di negara ini mengalami kemerosotan perindustrian dan masih belum pulih. 

"Ramai merasakan seolah-olah mereka masih dalam kemerosotan dan tidak mempunyai keupayaan untuk memulihkan keadaan,” katanya.

Perdana Menteri baharu itu berikrar untuk membentuk semula landskap politik UK, menjadikannya “lebih bersifat kolaboratif dan lebih menumpukan kepada penyelesaian masalah berbanding meraih mata politik.”

Awal Isnin, Raja Charles III menerima peletakan jawatan Keir Starmer, dan Burnham secara rasmi mengambil alih jawatan berkenaan selepas baginda meminta beliau membentuk sebuah kerajaan.

Sementara itu, Sky News melaporkan, Burnham telah mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 22-7-2026 04:53 PM
Uk memerlukan seorang pemimpin seperti dia ni
[youtube]Ddo2Fg3ZFko[/youtube]

https://m.youtube.com/watch?v=Ddo2Fg3ZFko&ra=m




Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.100646 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top