CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 40,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Perancis sejak awal 2026 – Menteri

21-7-2026 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1| Komen: 0

 


MOSCOW: Hampir 40,000 hektar kawasan hutan dan tumbuh-tumbuhan musnah akibat kebakaran sejak awal tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Pada masa ini, kurang daripada 40,000 hektar  hutan dan tumbuh-tumbuhan terbakar," kata Nunez dalam siaran radio France Inter.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding tahun lepas, kata menteri berkenaan, sambil menjelaskan bahawa kebakaran baharu berlaku setiap hari.

Kebakaran hutan sedang melanda Perancis susulan gelombang haba luar biasa.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, pada pertengahan Julai yang negara itu berdepan jumlah kebakaran hutan tertinggi pada musim panas ini sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Pada penghujung Jun, perkhidmatan meteorologi negara itu mengeluarkan amaran cuaca di 72 daripada 96 jabatan, jumlah tertinggi pernah direkodkan.

Suhu mencecah hampir 40 darjah Celsius, malah lebih tinggi di beberapa kawasan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.029007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top