CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Threads Memang Untuk Umum..Kita Tak Boleh Nak Sentap Atau Koyak” - Wak Doyok

4-8-2026 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 158| Komen: 1

 



Ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok berkata setiap individu yang mahu aktif di media sosial perlu sedia dari segi mental dan emosi. 

Memetik Astro Gempak, Wak Doyok berkata media sosial adalah platform terbuka untuk orang ramai memberikan pendapat.

“Threads memang media sosial untuk umum, maknanya tempat orang ramai boleh komen. Kita tak boleh nak sentap ataupun koyak. Kalau tak nak tak nak dikomen, boleh ‘hide’ ruangan komen. Jadi orang boleh ‘like’ sahaja,” katanya.

Sementara itu, Wak Doyok berkata dia seolah sudah kebal dengan kecaman dan kritikan kerana dia yakin rezeki adalah daripada Allah. Tambahnya lagi, kita sendiri yang menentukan setiap hantaran di buat sama ada memberi kesan positif atau mengundang komen toksik. 

“Tapi bagi saya kita kena ada interaksi juga dan komen itu boleh membetulkan keperibadian kita. Macam saya dah biasa kena kena hentam. Dah kalis sebab dari dulu lagi. Dah 15 atau 20 tahun. Saya tak dah hairan sebab yakin rezeki itu bukan manusia yang bagi. Rezeki tu Allah yang bagi. 

“Jadi kita terima dengan ikhlas, jangan koyak. Itu saja. Toksik itu semua orang toksik. Tapi macam mana nak buang toksik itu? Bagaimana penulisan kita tak bawa orang toksik masuk.  Kalau penulisan kita positif, positiflah.  Tapi kalau kita mengajar orang memfitnah, mengajar orang buat kejahatan, toksik akan datang. Itu saja,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 5-8-2026 04:29 PM
betul tu wak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.027878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top