|
Penyanyi Syafiq Farhain meluahkan rasa syukur apabila hubungan dengan adik kandung berlainan ibu, Amirul Mukmin kembali bertaut selepas lebih sedekad terputus susulan kemelut dalaman keluarga. Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A.M Salim, 32, berkata, mereka kembali bersemuka sekitar tiga bulan lalu atas inisiatif adiknya itu. “Kami baru sahaja jumpa semula dalam dua tiga bulan lalu selepas bertahun-tahun. Kali terakhir saya jumpa Amirul masa dia sekolah lagi, sekarang dah umur 23 tahun. “Baru jumpa balik, akrab baliklah senang kata. Saya gembira dia sudi bertemu. Waktu itu bukannya saya tak sudi, cuma tak tahu cari di mana. Lagipun takut jadi isu lain,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran single Cerita Luka, di sini, hari ini. Menurut anak kepada vokalis Iklim, Allahyarham Saleem itu, pertemuan mereka berlaku selepas adik kandungnya itu berjumpa penyanyi, Ameng Spring yang juga menjadi penghubung antara mereka.
“Waktu itu dia jumpa Ameng Spring. Saya pula memang selalu bertemu Ameng. Dia bagitahu, ‘Ni adik mu ni nak jumpa mu ni.’ “Bila dapat berhubung, dia cakap baik-baik dan minta maaf atas apa yang berlaku dulu-dulu tu tapi sebenarnya pada saya hal dulu bukan salah dia pun. “Dia tak tahu apa-apa. Masa itu dia masih kecil, darjah empat atau lima macam tu. Dia tak tahu nak fikir mana yang okey dan tidak,” ujarnya. Bercerita mengenai keperibadian Amirul, pelantun lagu Sepi itu menyifatkan adik kandungnya sebagai seorang lelaki baik dan berbudi pekerti tinggi. “Dia pun orangnya beradab, tidak seperti mana sangkaan saya sebelum ini. Sebab dulu saya fikir mungkin dia tidak suka saya, tapi sebenarnya benda sebegitu tak wujud pun. Orangnya pun baik sahaja,” katanya. Pada masa sama, Syafiq berkata, mereka berdua kini semakin selesa berkomunikasi walaupun masih ada sedikit kekok selepas sekian lama terpisah. “Alhamdulillah okey, selalu mesej apa semua. Saya layan dia macam adik yang lain. Cumanya ada sedikit janggal sebab lama tak jumpa. “Saya kalau layan adik-beradik lain macam kawan-kawan. Tapi saya takut bila saya buat macam tu, dia kurang selesa sebab cara kita membesar mungkin berbeza,” kongsinya. Syafiq Farhain merupakan anak keempat daripada lima beradik hasil perkahwinan Saleem dengan bekas isteri, Napisah Muhammad Juwita, manakala Amirul merupakan anak tunggal Saleem bersama Julia Bachok. Sementara itu, mengenai penerbitan lagu Cerita Luka selepas dua tahun menyepi, Syafiq mengakui lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menawarkan kelainan menerusi sentuhan moden slow rock balada. “Ketika pertama kali mendengar Cerita Luka, saya terus menyukainya. Lagu ini menawarkan kelainan menerusi sentuhan moden slow rock balada dan sesuai dijadikan karya untuk menandakan kemunculan semula saya selepas dua tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE |
dewi_rina replied at 5-8-2026 09:30 AM
Ingat lagi kisah bini arwah saleem ni meroyan dgn Syafiq
Over acik tu, lepas tu tiba-tiba tak menga ...
doubleA replied at 4-8-2026 04:20 PM
Makin popular ameng
silampumeja replied at 6-8-2026 12:29 AM
Mendonia dia kan... I tgk podcast dia cerita kad penjara...tgk TMM .. tgk dia punya habit mengaji ...
lasagna replied at 6-8-2026 12:52 AM
sapik xnk kuar menyanyi lagi kaa?
skrg hussain mendonia..
fadz84 replied at 5-8-2026 03:51 PM
Dia meroyan Syafiq byk nyanyi lagu arwah Saleem kan.. dh x berapa igt dh pasal apa.. hehehe
silampumeja replied at 5-8-2026 04:29 PM
Mendonia dia kan... I tgk podcast dia cerita kad penjara...tgk TMM .. tgk dia punya habit mengaji ...

dewi_rina replied at 6-8-2026 09:18 AM
Dah jadi model catwalk pulak skrg, mmg helok budaknya, kurus tinggi
Org kata nmpk mcm anuar zain ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.035322 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.