|
Penyanyi Ina Naim meluahkan rasa syukur anak sulungnya, Hadie Elfardie menamatkan pengajian dalam bidang Travel and Tours.
Memetik Sinar Plus, Ina berkata dia gembira melihat kejayaan anaknya itu dalam masa sama sebak anaknya itu menghadiri konvokesyen tanpa arwah bapanya, Suhaimi Saad. “Perasaan saya, Alhamdulillah, syukur. ALLAH Maha Baik.Saya tak terfikir akan sampai ke tahap ini tapi ALLAH berkehendak begitu. Syukur. Saya gembira bercampur sebak apabila tengok anak melangkah tanpa ayahnya di sisi,” katanya. Sementara itu, Ina berkata Hadie akan selesaikan pelancaran single terbaharunya dan menyokong jika anaknya berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam pada itu, Ina turut berkongsikan anak keduanya, Sallman Elkhoyri juga sedang melanjutkan pengajian di Giat Mara, Kota Tinggi. Sumber: Sinar Plus |
orkid_amani replied at 5-8-2026 02:36 PM
Tp start tahun ni nak masuk KV & sek teknik dah kena lalu exam pksk..reason sbb nak tapis murid tu a ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040666 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.