CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wabak Ebola terbesar Republik Demokratik Congo melebihi kapasiti tindak balas - WHO

5-8-2026 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33| Komen: 1

 



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran  pada Selasa bahawa penularan wabak Ebola Bundibugyo di Republik Demokratik Congo (DRC) kini melangkaui kapasiti tindak balas sedia ada, sekali gus menggesa sokongan kewangan dan operasi disalurkan segera bagi mengekang penularannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Penularan wabak ini kian merebak melebihi kemampuan kapasiti tindak balas untuk mengendalikannya. Ini merupakan penularan terbesar yang pernah dihadapi negara berkenaan," kata Pemangku Ketua Pelan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) WHO Dr Vasee Moorthy kepada pemberita di Geneva.

Moorthy berkata operasi tindak balas memerlukan lebih banyak peruntukan dan sumber untuk meluaskan kapasiti rawatan, pasukan siasatan lapangan, pasukan pengebumian selamat serta petugas kesihatan komuniti, sambil menambah bahawa usaha mesti ditumpukan di kawasan yang virus itu sedang merebak dan di mana ia akan merebak seterusnya.

Setakat 1 Ogos, penularan wabak itu mencatatkan 3,748 kes disahkan dan 1,657 kematian disahkan, manakala 708 pesakit pulih. Kes telah dilaporkan di 49 zon kesihatan merentasi lima wilayah, dengan kira-kira 17,000 kontak rapat berada di bawah pemantauan, yang mana lebih 80 peratus dipantau setiap hari.

Beliau memaklumkan setakat ini tiada rawatan, vaksin atau ubat pencegahan khusus yang terbukti selamat dan berkesan bagi Ebola Bundibugyo, walaupun akses awal kepada penjagaan proaktif mampu menyelamatkan nyawa.

Moorthy berkata ujian klinikal bagi rawatan eksperimen dan potensi ubat pencegahan pascapendedahan sedang dijalankan di Congo, manakala dua calon vaksin khusus untuk Bundibugyo telah memasuki ujian Fasa 1 di United Kingdom dan Kanada.

-- BERNAMA-ANADOLU


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 5-8-2026 03:05 PM
hmmmmmmmmmmmmmm

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.027597 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top