CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau 'call time' 8 pagi tapi datang 10 pagi, itu sangat kurang ajar - Elisya Sandha

5-8-2026 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 932| Komen: 8

 



Meskipun kerap berdepan isu pelakon datang lewat ke set penggambaran, pelakon, Elisya Sandha, 27, mengambil pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati secara terus kepada individu terbabit berbanding meluahkannya di media sosial.

Mengulas mengenai isu disiplin yang dibangkitkan kakaknya yang juga pelakon, Fasha Sandha di media sosial baru-baru ini, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha mengakui dia pernah melalui situasi sama berulang kali sepanjang berada dalam industri seni ini.

"Saya pernah lalui benda itu banyak kali, cuma saya rasa suara saya belum cukup kuat untuk bersuara di media sosial. Jadi, kalau orang itu selalu sangat lambat, saya akan pergi kepada dia secara peribadi dan bertanya kenapa dia lambat.

"Mereka akan jelaskan masalah yang dihadapi seperti ada urusan di rumah dan saya cuba untuk faham serta berbincang. Namun, untuk kes kakak saya, dia keluarkan ke media sosial kerana mungkin dia sudah tegur tetapi tidak menjadi.

"Saya juga ada karakter seperti kakak saya yang akan mengamuk dan bising di set kalau terpaksa menunggu lama. Tetapi orang faham kenapa saya begitu kerana saya menghormati masa mereka, jadi orang pun perlu menghormati masa saya," katanya ketika ditemui di sidang media IQIYI Madu atau Racun di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Elisya yang turut menyokong tindakan kakaknya berpendapat setiap pelakon perlu menghormati masa setiap orang yang terbabit di set penggambaran bagi memastikan proses berjalan dengan lancar. 

"Saya rasa apa yang kakak buat itu adalah benda yang betul sebab kita perlu hormat masa orang lain. Kita tidak boleh sesuka hati datang jam 10 pagi kalau 'call time' 8 pagi. Bagi saya, (tindakan) itu sangat kurang ajar.

"Apa yang saya belajar dengan kakak saya selama ini ialah kita perlu sentiasa menjaga 'call time'. Tidak kisah kalau ada anak 10 orang sekalipun, 'call time' tetap perlu jaga.

"Bila ada artis lambat, ia akan kacau emosi pelakon lain kerana masa penggambaran yang sepatutnya habis jam 6 pagi terlajak hingga jam 10 pagi disebabkan pelakon itu lambat," katanya.

Meskipun terdapat pelakon bersikap acuh tak acuh selepas ditegur, Elisya menegaskan teguran yang dibuat bukan sahaja untuk kepentingan diri, sebaliknya bagi menjaga kebajikan seluruh kru produksi penggambaran.

"Selepas ditegur, ada setengah pelakon terus memandang saya dari atas ke bawah seolah-olah mempersoalkan siapa saya untuk menegur mereka. Namun, ada juga pelakon yang menjelaskan masalah mereka dengan baik.

"Bagi saya, dua-dua situasi itu saya terima dengan terbuka. Paling penting, saya sudah menyuarakan bahawa perbuatan datang lambat ke set itu adalah salah. Saya tidak akan berdiam diri.

"Kita kena hormat masa pengarah dan barisan kru, bukan pelakon sahaja. Kasihan kepada kru yang sebenarnya paling tidak cukup tidur dan perlu mengemas barang selepas penggambaran selesai," katanya.

Dalam perkembangan lain, Elisya turut membintangi drama Madu Atau Racun arahan Eyra Rahman yang akan mula menemui penonton di platform iQIYI pada 14 Ogos ini.

Selain Elisya, drama 12 episod itu turut menampilkan pelakon popular lain seperti Uqasha Senrose, Adlin Aman Ramlie, Liza Abdullah dan Aprena Manrose.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-8-2026 02:06 PM
Bagus Elisya disiplin no.1 macam kakak dia. Watak pun semua verstyle.. all out. Tak kontrol cun.
Quote babelina 5-8-2026 02:23 PM
Org yg btl jadikn lakonan sbg kerjaya mmg akn disiplin.. mcm kje ofc la juga.. tp sapa orgnya yg Fasha marah tu.. menyombong juga katanya.. x bertegur sapa kt set..
Quote sarah_ary2 5-8-2026 03:21 PM
wajah sheols dah mcm Tamannah versi melayu
Quote kashaz 5-8-2026 04:15 PM
takde ke sapa2 spill retis yg lewat setiap hari ittewww...
Quote Perawankota 5-8-2026 07:51 PM
Sapalah artis yg selalu lambat tu ek
Quote telracs 5-8-2026 10:38 PM
Cerita apa yang Fasha sedang shooting sekarang?
Kalau tahu tajuk, boleh cari barisan pelakon lain.
Quote honeybee1802 6-8-2026 08:23 AM
Deme igt deme takde punch card mcm keje opis kot...tpnya sendiri mau igt la ...bukan belakon sensorang..ada team pelakon n crew tu...
Quote cm_vungtau 6-8-2026 08:36 AM
Ler dah pekerjaan pun sesama yang tak bijak akademik, gitu ler peel nya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.037720 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top