CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kasino pertama UAE bakal dibuka September 2027

5-8-2026 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 209| Komen: 9

 



Ras Al Khaimah: Kasino pertama yang dilesenkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka dibuka pada September 2027, selepas mengalami kelewatan susulan konflik berterusan di Asia Barat, menurut pengumuman Wynn Resorts pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wynn Resorts, Craig Billings berkata, kerja pembinaan projek itu berjalan dengan pesat dan kini dijangka dibuka kepada orang ramai pada September tahun depan.

Beliau berkata, projek itu mengalami 'kelewatan kecil' berikutan cabaran logistik dan penghantaran di rantau berkenaan selepas perang tercetus susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada penghujung Februari.

Wynn yang berpangkalan di AS mengendalikan kasino di Las Vegas, Boston dan Macau.

Pada Oktober 2024, syarikat itu menerima lesen pertama pengendali perjudian komersial yang dikeluarkan oleh UAE walaupun negara itu ketika ini masih mengharamkan aktiviti perjudian.

Syarikat berkenaan kini membangunkan sebuah resort mewah dengan 1,542 bilik di Wynn Al Marjan Island di Ras Al Khaimah.

Dalam pada itu, Billings berkata, kerja pemasangan dalaman bilik hotel termasuk kerja mekanikal, elektrikal dan kemasan sedang dilaksanakan mengikut peringkat.

Beliau berkata, konflik di Asia Barat masih memberi kesan kepada pembinaan kasino itu berikutan gangguan rantaian bekalan global serta pergerakan kakitangan.

"Gangguan ini memberi kesan kepada jadual pelaksanaan dan kos projek.

"Saya menganggarkan kos tambahan sebanyak kira-kira AS$600 juta (kira-kira RM 2.45 bilion) dengan hampir separuh daripadanya berpunca daripada konflik itu, selain peningkatan kos bahan binaan dan kadar penghantaran," katanya.

Saham Wynn Resorts meningkat lima peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran ditutup.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 5-8-2026 03:04 PM
hmmmmmmm teruk
Quote Decaffeinated 5-8-2026 04:09 PM
Pak arab nak stop living in denial. Thailand sampai sekarang tak ada casino halal tapi orang thai bapak kuat berjudi. Sanggup ke sempadan Cambodia atau Genting.
Quote FOTHER-MUCKER 5-8-2026 04:30 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-8-2026 12:35 AM

Manakala lebai lebai di Malaysia semakin isle

anonymous image upload
Quote ninja boy 5-8-2026 05:36 PM
UAE x takut perang2 coming soon ka
Quote sayawifenikmie 5-8-2026 06:01 PM
orang kata ... salah satu sebab kenapa para nabi dan rasul dari kalangan bangsa arab .. wallahualam.
Quote alesandra 5-8-2026 07:22 PM
ada pelik ke?yg kat genting tu negara apa?
Quote asamfish 6-8-2026 12:44 AM
alesandra replied at 5-8-2026 07:22 PM
ada pelik ke?yg kat genting tu negara apa?

hehehe...kan...satni dan2 depa kata negara ni bkn nya 100% org isele....
Quote asamfish 6-8-2026 12:45 AM
ok la...depa provide utk tourist dan expats yg non-muslim....org2 depa sendiri mmg tak dibenarkan masuk....
Quote shamsadis 6-8-2026 09:01 AM
Alhamdilillah, makin dekat kita

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.033879 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top