CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal kargo India karam selepas diserang berhampiran Yaman

5-8-2026 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 



Hyderabad: Sebuah kapal kargo berbendera India karam di Laut Merah selepas terkena serangan berhampiran perairan Yaman pada Selasa.

Kesemua 14 anak kapal, termasuk 13 warga India yang berada di atas MSV Faize Noore Oliya berjaya diselamatkan oleh Pengawal Pantai Yaman dan dibawa ke Pelabuhan Mokha, menurut Menteri Perkapalan India Sarbananda Sonowal menerusi hantaran di platform X.

"Saya mengarahkan Ketua Pengarah Pentadbiran Maritim (DGMA) supaya mengambil langkah segera dengan kerjasama semua agensi bagi memastikan keselamatan sepenuhnya pelaut India di rantau itu serta memberikan segala bantuan yang diperlukan kepada kru yang diselamatkan," kata beliau.

Kementerian Pengangkutan Yaman menyalahkan kumpulan Houthi atas insiden itu dan mendakwa sebuah bot sarat bahan letupan digunakan dalam serangan berkenaan di Laut Merah.

Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan mengecam serangan itu.

"Insiden serangan berterusan terhadap kapal komersial di rantau ini amat membimbangkan. 

"Serangan yang menyasarkan kapal komersial mesti dihentikan, manakala kebebasan pelayaran dan perdagangan tanpa halangan melalui laluan air antarabangsa di rantau ini, selaras dengan undang-undang antarabangsa, perlu dipulihkan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.027897 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top