CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Klang, polis cari waris

5-8-2026 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 229| Komen: 5

 



Subang Jaya: Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian di Sungai Klang berhampiran sebuah kilang di USJ 1, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan daripada orang awam pada 12.58 tengah hari semalam.

Katanya, hasil siasatan awal di lokasi mendapati mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan muka yang sudah hancur, manakala kulit tangan dan kaki sudah menggelupas.

"Wanita itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian, memakai jaket kuning serta seluar jeans berwarna cerah.

"Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah beg silang yang mengandungi e-KTP (Kartu Tanda Penduduk Elektronik) dan gambarnya. Wanita itu adalah warga Indonesia," katanya dalam kenyataan hari ini.

 


Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) susulan tiada unsur jenayah ditemukan pada mangsa setakat ini.

Wan Azlan berkata, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil menghubungi Balai Polis USJ 8 di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 6-8-2026 01:15 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Quote batmana 6-8-2026 08:42 AM
salam takziah pada keluarga nya
Quote telracs 6-8-2026 04:24 PM
Edited by telracs at 6-8-2026 04:26 PM

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Quote telracs 6-8-2026 04:24 PM
Edited by telracs at 6-8-2026 04:26 PM


Student.

Dari Sumatera, belajar di UPM Serdang kah?

Kat area saya tinggal (penghujung selatan tanah air)... ramai student dari Indonesia, jadi siswa/siswi di UPM Serdang, diorang ambil jurusan doktor haiwan... diorang praktikal di klinik² veterinar sekitar Johor Bahru.
Quote airmineral 6-8-2026 05:15 PM
ya tuhan
mesti keluarga di sana tercari2 juga

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.030540 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top