CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti umum Noraniza Idris jayakan konsert mega, Oktober depan

5-8-2026 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1185| Komen: 29

 


Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris diumum penyanyi jemputan Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Oktober depan.

Pengumuman dibuat Siti pada sidang media di sini, hari ini menamatkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang sebelum ini berharap Noraniza yang popular dengan lagu Awallah Dondang, berkongsi pentas bersama Biduanita Negara para konsert yang mengangkat khazanah muzik tradisional Nusantara.

Mengulas pemilihan Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, Siti beryukur apabila Noraniza sudi menerima pelawaannya untuk bersama-sama memeriahkan konsert tradisional yang cukup dinantikan peminat.

"Bagi saya untuk konsert ini, beliau harus ada bersama-sama dengan saya, maka saya mengundang Kak Ani untuk bersama saya pada konsert ini. Saya juga bersyukur apabila beliau menerima pelawaan saya,"katanya pada sidang media pengumuman artis jemputan untuk Konsert Tradisional Gema Bumantara di sini, petang tadi.

Sebelum ini, Noraniza atau mesra disapa Kak Ani pernah dilapor mengakui tidak pernah meletakkan harapan untuk dijemput sebagai artis undangan, sebaliknya, memberikan sokongan penuh terhadap usaha Siti memartabatkan irama tradisional di pentas berskala besar. 

Malah, penyanyi berusia 58 tahun itu mengakui sudah lama memasang hasrat untuk menyaksikan konsert berkenaan sebagai penonton kerana mahu melihat sendiri pendekatan dan strategi Siti dalam mengangkat muzik tradisional sehingga mampu menarik khalayak pelbagai generasi. 

Kemunculan Noraniza sebagai artis undangan disifatkan cukup signifikan memandangkan beliau antara figura paling berpengaruh dalam memperjuangkan irama Malaysia dan muzik etnik sejak lebih tiga dekad lalu.

Penyertaan beliau juga dijangka menghidupkan lagi persembahan Gema Bumantara, selain mengimbau nostalgia kerjasama erat bersama Siti menerusi lagu malar segar Hati Kama, yang pernah mencipta kejayaan di pentas Anugerah Juara Lagu.

Terdahulu, Siti dan Noraniza pernah berkolaborasi menerusi album Seri Balas yang diterbitkan pada tahun 1999 di bawah Suria Records.

Album terbitan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah itu turut melahirkan lagu malar segar, Hati Kama.

Konsert Tradisional Gema Bumantara dijadual berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan, sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di venue ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Selain Noraniza, turut diumumkan sebagai penyanyi undangan pada malam itu ialah Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari sebarang Lesti Kejora dan King Nassar.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeowPARSI 5-8-2026 04:12 PM
Best nya konsert tradisional..melepas aku nak gi sbb tarikh clash dengan kenduri family.. moga kak ani bersemangat dapat bganding dgn mak iti kat konsert nnti, mantappp
Quote harkktuih 5-8-2026 04:13 PM
mohon polish suara tu
Quote prince_marhaen 5-8-2026 04:43 PM
suka la tuuuu kak ani... haritu macam merintih nak gi tengok konsert tokti, pastu kena hambur ngan bebudak threads suruh beli tiket sendiri...hahahahahahaha hujung2 dia dapat duk atas stage.. harap2 kak ani banyak bersenam, badan pun dah makin kurus, stamina kena jaga, jangan nak suara semput2 ayam ye...
Quote KamikuP 5-8-2026 05:40 PM
Moga nek ani bersenam utk jaga suara dan stamina InsyaAllah akan menjadi fenomena konsert ini nanti.
Meolls suka... xoxoxox
Quote sayawifenikmie 5-8-2026 07:58 PM
baguslahh ... dah tua tua ni .. buat apa nak gaduh gaduh ...
Quote sleepandream 5-8-2026 11:13 PM
terkulat2 pemenat nek ani yang jadi haterz siti sejak azali baca pengumuman ni yach btw takde org buka benang ke sheila majid dah bergelar datuk seri? why nobody care? aiyohhhh
Quote hyie 5-8-2026 11:36 PM
haruslah Hati Kama 2026 uols! yang kak pis midon buat lagu baru tu untuk nek ani duet ct kat konsert ni kah?

sangat berbaloi-baloi yach layan konsert tradisional berskala besar macam ni. Masa kat IB dulu tu pun dah puas hati sangat
Quote supernaturalee 6-8-2026 08:53 AM
bila baca tajuk, i was like "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"


nk kena pegi nk kena pegi ni

jom jom jom korang
Quote zeetot 6-8-2026 09:02 AM
sbb tu hidup ni jgn sombong n berlagak
Quote QueenIsolde 6-8-2026 09:06 AM
Tiket dh jual ke chuolss
Quote IzzahF 6-8-2026 09:15 AM
ya hampon 2-2 gamba pun takde huduh lg ke?
Quote supernaturalee 6-8-2026 09:24 AM

larisssssssssssssssssssss

cepat uols

bnyk dh sold out




Quote supernaturalee 6-8-2026 09:25 AM
link tiket


https://www.ticket2u.com.my/even ... -sri-siti-nurhaliza
Quote BungaKencana 6-8-2026 09:38 AM
akhirnya impian peminat tertunai.. kak ani blh bersenam dari skrg..
Quote noor2 6-8-2026 09:56 AM
Terbaik CT....mesti best giler....
Quote QueenIsolde 6-8-2026 11:19 AM
Edited by QueenIsolde at 6-8-2026 11:48 AM

Thanks chuols dah beli
Quote alesandra 6-8-2026 11:29 AM
zeetot replied at 6-8-2026 09:02 AM
sbb tu hidup ni jgn sombong n berlagak

kenapa uolsss?sapa sombong??cer citer....cer citer
Quote supernaturalee 6-8-2026 12:54 PM




tahniah uols

iol tgh tgu respon kwn ni

geram plk dh tny kali ke 2 pun senyap jek

ptg ni takde jgk aku beli tiket sorg2




Quote doubleA 6-8-2026 01:58 PM
Bila tokti nangis tu menguatkan lagi speku pasal hubungan dingin deme dulu. Tapi bagus la tokti-nekni dah berdamai, tak rugi pun bertolak ansur

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043799 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top