CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya 76 tahun, jalan pun sudah goyang', Tok Pa tak minat tanding PRU16

5-8-2026 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 236| Komen: 4

 



PASIR MAS: Bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai UMNO semula memaklumkan tidak berminat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mustapa berkata, usianya yang sudah mencecah 76 tahun itu tidak sesuai untuk bertanding dan peluang itu perlu diberikan kepada orang muda.

"Saya kini sudah 76 tahun, jalan pun sudah goyang. Adalah tidak adil untuk mana-mana parti yang tidak menghargai peranan orang muda.

"Saya sudah keluar dari politik aktif dan saya tidak berminat untuk bertanding mana-mana PRU. Berilah kepada orang lain atau orang muda yang lebih layak.

"Sekarang ini ramai pengundi muda dan selera mereka lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Kepulangan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Kelantan.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MUBARAK Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak.

Sementara itu ditanya perancangannya selepas kembali menyertai UMNO, Mustapa berkata, sebagai orang lama, beliau akan bantu parti dari segi strategi dan perkukuh hubungan dengan masyarakat.

"Dari segi tenaga saya sudah tidak kuat seperti dulu namun akan beri pandangan dan nasihat yang diperlukan. Saya juga akan menyertai program-program MUBARAK mengikut kesesuaian masa saya.

"Saya akan bersama dengan orang-orang lama dan kita mendoakan yang terbaik untuk negara kita," katanya.

Pada masa sama, Mustapa turut memaklumkan tidak berminat dengan sebarang jawatan daripada parti.

"Saya tetap menyumbang kepada negara seperti di universiti awam dan swasta. Untuk jawatan dalam parti bagilah kepada mereka yang layak," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 6-8-2026 12:21 AM
baGUSLAH
DAH SEDAR

DUIT PUN CUKUP SAMPAI ........
Quote ultra78 6-8-2026 08:36 AM
Masalah kelantan adalah tak ada pun calon muda yg layak jadi MB. Sama ada dari Pas atau BN. Kalau Mahussin tu lambat lagi. Agaknya golongan cerdik pandai dah tak ada sebab semua dah migrate ke negeri lain.
Quote supernaturalee 6-8-2026 08:40 AM
bagus tok pa

ceni lah

bg peluang set2 yg belum naik lagi tp bnyk pengalaman plk utk pegang jwtn2 penting

Quote axl_bach 6-8-2026 09:18 AM
ultra78 replied at 6-8-2026 08:36 AM
Masalah kelantan adalah tak ada pun calon muda yg layak jadi MB. Sama ada dari Pas atau BN. Kalau Ma ...

Hahahaha, ada x video terbaru Mahusin hentam PAS terutama Ayohchik skang ni, sejak PASUMNO bercomolot ni??....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.031073 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top