|
JOHOR BAHRU: Dua lagi lelaki tempatan ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam keadaan diikat serta dibalut jaring sebelum dicampak ke Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, Ahad lalu. Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat, berkata kedua-dua suspek berusia 33 dan 34 tahun ditahan di sekitar Kluang dan Johor Bahru semalam. Penahanan terbaharu itu menjadikan keseluruhan lima individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. "Hingga kini, lima individu telah ditahan. Tiga suspek yang ditahan sebelum ini telah direman selama tujuh hari hingga 10 Ogos, manakala dua lagi suspek yang ditahan semalam turut direman hingga tarikh sama. "Siasatan masih diteruskan dan polis masih mengesan sekiranya terdapat lagi individu yang terbabit. Saya tidak boleh mengatakan tiada lagi suspek yang masih bebas," katanya di sini hari ini. Chuan Huat berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah hutang, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan setiap suspek. "Setakat ini dipercayai seorang suspek mempunyai hutang dengan mangsa, manakala individu lain dipercayai mempunyai kaitan sebagai rakan," katanya. Terdahulu, media melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan dibungkus dan diikat menggunakan jaring sebelum terapung di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032986 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.