|
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dijadualkan berlangsung selama empat hari dari 9 hingga 12 September depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perhimpunan tahunan itu akan bermula dengan sesi Taklimat Presiden pada 9 September depan, diikuti Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam. Perhimpunan agung bagi ketiga-tiga pergerakan itu akan berlangsung selama sehari pada 10 September depan. Ia diikuti PAU 2026 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 September depan. Sementara itu, UMNO dalam satu kenyataan, hari ini, berkata PAU 2026 diharap menjadi medan terbaik untuk memperkukuhkan ukhuwah dan kesatuan saf perjuangan, memperbaharui iltizam, serta mempertegas komitmen seluruh warga parti dalam mendepani cabaran semasa. "Perhimpunan ini juga diharap menjadi platform untuk memperkukuhkan UMNO sebagai Rumah Bangsa, tempat berteduhnya perjuangan orang Melayu dan Bumiputera, serta wadah yang terus istiqamah mempertahankan agama, bangsa dan tanah air," katanya. Sebelum ini, PAU 2026 dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 15 Ogos ini. PAU kali ini dijangka menjadi tumpuan susulan perkembangan politik semasa, antaranya kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dan PRN Negeri Sembilan ke-16, persefahaman dibentuk antara BN dengan Perikatan Nasional, serta persediaan BN untuk menghadapi PRN Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.033069 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.