|
SEREMBAN: Tiada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan menganggotai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman, menafikan dakwaan di media sosial kononnya wakil rakyat PH dilantik sebagai EXCO dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas. "Tidak benar wakil rakyat Pakatan Harapan akan menganggotai barisan EXCO, sekiranya perkara itu berlaku, sudah tentu ia ada dibincangkan terlebih dahulu bersama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang baharu memenangi Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 (PRN16). "Kalau perkara itu benar-benar akan berlaku, sudah semestinya kami sebagai calon BN Negeri Sembilan yang baharu memenangi PRN yang lalu akan dibawa berbincang mengenainya. "Perkara ini tidak benar, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali sehingga hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, Saiful berharap semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Beliau turut mengingatkan rakyat Negeri Sembilan sudah membuat pilihan dan semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri, bukannya terus berpolitik. "Rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan, kini kita harus terus bekerja dan bukannya membuang masa bermain politik sepanjang masa," katanya. Sebelum ini, wujud dakwaan bahawa ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH berkemungkinan menyertai pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Ismail. Semalam, Ismail memaklumkan pihaknya sedang memuktamadkan senarai barisan EXCO yang akan dilantik dan pengumuman barisan EXCO dijangka dibuat pada Jumaat ini atau selewat-lewatnya Isnin depan.
|
alesandra replied at 5-8-2026 05:50 PM
Lerrr perasan.own your own shit la.umngok jugak yg keluar statement mb baru ni berhadapan dgn undi ...
blastoff replied at 5-8-2026 06:02 PM
In denial sungguh, bila pulak mb tuh berdepan undi x percaya? Berhadapan makna dah ada, dah wujud, ...

blastoff replied at 5-8-2026 06:02 PM
In denial sungguh, bila pulak mb tuh berdepan undi x percaya? Berhadapan makna dah ada, dah wujud, ...
ini link dia...sendiri yg sangap sendiri tuduh org lain hadap jawatan exco....blastoff replied at 5-8-2026 05:15 PM
Mcm kekasih hati di amek orang ler, ph merasakan pn dah rampas bn
padahal waktu bersama, ph sepak ...
alesandra replied at 5-8-2026 07:16 PM
aku tak paham kenapa aku tak dapat noti reply dari ko.mungkin nak protect aku dari hadap replies s ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044868 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.