CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kulit Kanak-Kanak Ini Menjadi Keras Seperti Batu

23-2-2016 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6647| Komen: 11

Description: Seorang kanak-kanak dari Colorado, Amerika Syarikat dilaporkan menghidap sejenis penyakit pelik...

Oleh : Dean BZ


Seorang kanak-kanak lelaki dari Colorado, Amerika Syarikat dilaporkan menghidap sejenis penyakit pelik yang menyebabkan kulitnya tiba-tiba bertukar menjadi sekeras batu.

Penyakit yang dihidapai oleh Jaiden Rogers itu sangat jarang berlaku dengan kesnya merupakan yang ke-41 pernah direkodkan setakat ini di seluruh dunia.

Tiga tahun lalu, ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun itu mengesan beberapa tompok pada kulitnya yang semakin mengeras dan kini telah merebak ke beberapa bahagian badannya.

Bapanya, Tim Rogers memberitahu stesen televisyen FOX 31 bahawa kulit kaki anaknya kini ‘keras seperti permukaan meja’ bila diketuk.


Tompok-tompok keras tersebut telah merebak pada kulit kaki, belakang dan punggungnya, sehinggakan pada suatu hari kanak-kanak itu sendiri memberitahu ibu bapanya bahawa kakinya sudah tidak boleh digunakan dan dia memerlukan kerusi roda.

Ibu Jaiden, Natalie, memberitahu FOX 31 bahawa 'bunyi agak keterlaluan apabila anda mengatakan anak lelaki saya beralih kepada batu.

Jaiden menjadi semakin teruk, dia terus berada dalam kesakitan, tetapi dia tidak dapat menggambarkan bagaimana rasanya. Buat masa ini, tidak ada penawar dan benar-benar tidak ada rawatan.

Doktor Hospital Kanak-kanak, Dr. Elizabeth Swanson mengesahkan penyakit itu dikenali sebagai Sindrom Kulit Keras yang tiada penawar mahupun ubat untuk merawatnya buat masa ini. 

Bapanya, Tim Rogers, berkata bahawa kolam terapi diperlukan oleh mereka untuk rawatan Jaiden. - CARI Infonet.





Sumber - dailymail.co.uk/AGENSI


11

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucuq 23-2-2016 01:08 PM
kesian adik ni nmpak die tgah tahan sakit....
Quote chinta89 23-2-2016 01:27 PM
kesiannya dia..
Quote mdhelmi 23-2-2016 01:43 PM
tiba2 terbayang fantastic 4 yg batu tu
Quote syue86 23-2-2016 04:16 PM
siannya dia
meti jd guinea pig hari2
Quote Firehill88 23-2-2016 05:05 PM
kesian dia... terpaksa menahan kesakitan
Quote nurul_akmar 23-2-2016 06:22 PM
Tp tgk mcm  kulit biasa
Quote CrowneGlory 23-2-2016 11:01 PM
Cuba mak dia ingat balik, kot2 ada tersumpah anak jd batu ker
Quote amikie 24-2-2016 01:22 PM
nampak nOrmal tapi siapa sangka budak ni menanggung penyakit tiada penawar?

mudah2an tabah...
Quote Princess_Na 21-3-2016 10:15 AM
CrowneGlory replied at 23-2-2016 11:01 PM
Cuba mak dia ingat balik, kot2 ada tersumpah anak jd batu ker

Engko ni. Tergelak aku.

Ingat cite tanggang or malim kundang.
Quote aTiKah_aYuNi 21-3-2016 12:42 PM
kesiannyer....
Quote moocoww 22-3-2016 02:18 AM
Simpati dgn budak ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051932 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top