Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Close

Beza Kanak-kanak Dulu Dan Sekarang

26-2-2016 07:37 PM| Komen: 62




                  Artikel Oleh Izzah Abbasy  l  Video Oleh Izzah Abbasy & Firdausz  l  Suntingan Visual: Firdausz
 

Nak dijadikan ceritakan, tiba sahaja cuti sekolah pasti ada sahaja yang dapat dilakukan jika tinggal di kampung. Mandi hujan, main-layang-layang, main galah panjang, lastik burung dan sebagainya.

Tetapi, jika di bandar, permainan apa yang selalu dapat dilakukan? Pastilah main 'game', pergi kelas tarian, kelas piano dan melawat tempat-tempat yang menarik. (#Throwback kisah dulu-dulu)

Perbezaan ini pasti dirasai jika anda dibesarkan dalam suasana yang berlainan, berada di kampung mahupun bandar. Kedua-duanya tidak sama langsung. 

Malahan, generasi muda hari ini tidak berpeluang untuk merasai permainan yang dilakukan oleh budak-budak kampung. Agak rugi kan? - CARI Infonet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
6
Terkejut
2
Sedih
6
Lawak
7
Bosan
3
Komen: 62
Komen

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 19-9-2016 01:17 PM

cap duduk?
permainan apa tu?

Lain-lain Komen

Quote Knowlee 26-2-2016 08:20 PM
Zaman dulu, nak jumpa budak obesiti sgt jarang la. Zaman sekarang, budak obesiti merata-rata. Ai budak-budak dulu, asal pukul 5 ptg je dah keluar main dgn member2. Galah panjang la, polis sentri la, aci kejar la, aci nyorok la, rounders, badminton, bola sepak, lompat getah. Macam2 la. Hari-hari aktif. Budak sekarang amatlah jarang yg aktif mcm tu especially budak-budak bandar. Asyik main tab, phone, tgk TV.
Quote Lagubestbest 26-2-2016 09:49 PM
Takla.. Budak2 bandar sekarang takgi kelas piano lawat tempat menarik bagai tu. Diorang lepak kat taman je joging main roller blade sewa pagi2. Dah petang lepak kat taman gak santai ngan family. Orang bandar dah tak mampu nak follow lifestyle yg makin cekik darah. Kelebihan budak2 bandar cuma wifi yg always on, pandai ckp english dan disebabkan ramai orang di sekeliling dgn pelbagai ragam & gaya, confidence level tu not bad. Tu je.
Quote Artemesiaa 26-2-2016 11:04 PM
Budak dulu2 pergaulan dengan rakan sebaya pun luas.  Masing2 kenal dengan semua kawan2 yg duduk dlm kawasan kejiranan yg sama.  Tak kira apa juga bangsa atau agama mereka relex je boleh berkawan dan bermain sama2 sebab kebanyakan permainan pun kena dimainkan secara berkumpulan.  Sekarang semuanya lebih tertumpu pada gajet.  Berkawan pun hanya dengan ahli keluarga sendiri je nak keluar rumah takut mak marah sebab takut kena culik dengan van putih.
Quote amieab 27-2-2016 08:11 AM
Hahaha..budak skrg takut kena culik dgn van putih kan...bebudak dedulu ada gak ketakutannya...takut hantu kum kum dgn tukang sabit kepala.....satu negara takut dulu tu.....
Quote amieab 27-2-2016 08:15 AM
yg main getah tu dulu amatla popularnyer....melompat menghambur masing2 tak kira lelaki pompuan..tp permainan tu mmg sgt menyihatkan disamping merapatkan hubungan dgn kengkawan..kok bergaduh tak lama lepas tu baik semula sbb dah kurang member nk pegang getah kiri kanan utk dilompati....zero..point....
Quote manjalara_01 27-2-2016 05:34 PM
Lagubestbest: Takla.. Budak2 bandar sekarang takgi kelas piano lawat tempat menarik bagai tu. Diorang lepak kat taman je joging main roller blade sewa pagi2. Dah pe ...


kalu badminton budak kg ke bandar ke semua terer main..
badminton tanpa net...ehehehehe
Quote Usa.Gi 27-2-2016 09:53 PM
Knowlee replied at 26-2-2016 08:20 PM
Zaman dulu, nak jumpa budak obesiti sgt jarang la. Zaman sekarang, budak obesiti merata-rata. Ai bud ...

Balik mengaji berlari simpan mukadam, tukar baju umpama the flash kerana nak main rounders dll. Rindunya
Quote Knowlee 27-2-2016 10:12 PM
Usa.Gi replied at 27-2-2016 09:53 PM
Balik mengaji berlari simpan mukadam, tukar baju umpama the flash kerana nak main rounders dll. Ri ...

Haha. Betul. Semangat sangat.
Quote RatuDunia94 28-2-2016 05:42 PM
Haha.. Dulu iols siap organize pertandingan zero point, lompat tikus, belon acah etc lawan dgn budak2 kmpung sebelah.. Tong2 duit g beli hafiah. jajan je pun yg dijual d rumah jiran.. Pastu bungkus pakai surat kabar..
Quote shara154 28-2-2016 06:56 PM
Budak2 skrg tau pegang gadget je
Quote nazri63 28-2-2016 07:21 PM
Aku masih ingat lagi kalo waktu rehat mesti berebut nak  guna badminton court sebab nak main galah panjang..

antara games2 kanak2 dulu.

1.Galah panjang.

2.Police n thief

3.Hide n seek

4.Main tepuk kad

5.Main getah

6.Main tembak2 ,pakai buluh

7.Main guli.

8.ketup ketampi.

9.Lompat sebelah kaki atas petak,sebut a e i o u ,kena berhenti

ada sapa nak tambah

Quote ALWAYSREDA 29-2-2016 11:48 AM
Main choping...tak tahu kalau ada nama lain..selalu main kat padang guna bola tennis....baling kat atas dan rebut....sapa dapat dulu, boleh baling(atau chop) kat sapa2 yang berdekatan dan kalau yang mengalah tu....bolehah duduk kata chop surrender. Selalu main ramai2, lagi ramai lagi bagus...kalau boleh buat team...tak boleh baling kat team sendiri.
Quote taksukapeanut 29-2-2016 12:22 PM
Usa.Gi replied at 27-2-2016 09:53 PM
Balik mengaji berlari simpan mukadam, tukar baju umpama the flash kerana nak main rounders dll. Ri ...

Rounders.. game yang selalu iols and kazen main bila balik kampung.. main pulak tepi jalan, memang asyik ke tengah jalan je la bola tenis tu..hehehe

Quote taksukapeanut 29-2-2016 12:24 PM
nazri63 replied at 28-2-2016 07:21 PM
Aku masih ingat lagi kalo waktu rehat mesti berebut nak  guna badminton court sebab nak main galah p ...

lagi satu.. main batu seremban.. selalu isi dengan beras atau kacang hijau.. seronok oo batu seremban ni

Quote taksukapeanut 29-2-2016 12:24 PM
shara154 replied at 28-2-2016 06:56 PM
Budak2 skrg tau pegang gadget je

betull.. sampai kalau datang rumah orang lain, bukan nak berbual dengan kazen or makcik pakcik, sibuk dengan tab memasing je

Quote Usa.Gi 29-2-2016 01:37 PM
Knowlee replied at 27-2-2016 10:12 PM
Haha. Betul. Semangat sangat.

Kan. Adik ipar sy waktu petang melepak dalam rumah, alasan panas. Kita selagi x senja atau mak jerit selagi tu nak main. Hehe
Quote Usa.Gi 29-2-2016 01:39 PM
taksukapeanut replied at 29-2-2016 12:22 PM
Rounders.. game yang selalu iols and kazen main bila balik kampung.. main pulak tepi jalan, memang ...

Dalam banyak2x game rounders jugak paling seronok. Xsabar nak tunggu anak2x membesar. Nak ajar apa yang kita buat/main masa kanak-kanak.
Quote taksukapeanut 29-2-2016 01:41 PM
Usa.Gi replied at 29-2-2016 01:39 PM
Dalam banyak2x game rounders jugak paling seronok. Xsabar nak tunggu anak2x membesar. Nak ajar apa ...

yup.. paling seronok.. kurang minat main galah oanjang sebab asyik kalah.. susah betul nak melepaskan diri bila dapat lawan yang terer.. hahaha

Quote Knowlee 29-2-2016 07:23 PM
Usa.Gi replied at 29-2-2016 01:37 PM
Kan. Adik ipar sy waktu petang melepak dalam rumah, alasan panas. Kita selagi x senja atau mak jer ...

Hahaha. Dulu panas ke hujan ke, redah je.

Lihat semua komen(62)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.071194s Gzip On
To Top