CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Sendiri Stok Ayam, Lagi Senang dan Sihat

8-4-2016 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3738| Komen: 6

Description: Menjadi penambah atau penyedap rasa untuk masakan lain
Oleh Adib Za


(Sumber foto: Carian google)



Selalu sediakan menu ayam, tulangnya jangan dibuang terus. Ia boleh dijadikan stok ayam yang sangat berguna. 


Ini termasuklah menjadi penambah atau penyedap rasa untuk masakan lain. Ia lebih sihat kerana tidak dicampurkan dengan perasa tambahan.


Berikut merupakan resipi menyediakan stok ayam. Anda juga boleh menggantikan tulang ayam dengan tulang daging untuk penyediaan stok daging. 



Bahan-bahan:

Tulang ayam secukupnya

1 liter air
1 batang saderi | dipotong kecil
1-2 biji lobak merah | dipotong kecil
2 inci halia | diketuk
2 biji bawang besar | dipotong 4
2 ulas bawang putih | dimayang
2 batang kayu manis
3 biji | buah pelaga
2 biji tomato | dipotong 6
3-4 biji kentang | dipotong 4
4 helai daun bay
2 sudu garam
3 sudu kecil serbuk lada hitam


Cara memasak:

1. Rebus semua bahan selama 4-5 jam dengan api kecil.

2. Setelah semua bahan empuk, sejukkan. Kemudian ditapis dan diambil stoknya sahaja.

3. Simpan di dalam bekas dan bolehlah disejukbekukan. - CARI Infonet


Sumber resipi: Rasa.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciskek.leleh 8-4-2016 03:19 PM
4-5jam
Quote salmon-suki 8-4-2016 03:20 PM
Niceeeee~salunye bt sup terus...hihi
Quote krustykrab 8-4-2016 04:49 PM
tulang yg dah bekas org ngap2 ngap isinya ke
Quote Missfadh 8-4-2016 05:59 PM
ciskek.leleh replied at 8-4-2016 03:19 PM
4-5jam

Selalu mak iols buat, rebus atas api sejam or dua jam, pastu transfer dalam "thermos" kot (saiz besar mcm periuk nasi) lagi dua jam. Jimat gas.
Quote ciskek.leleh 8-4-2016 06:07 PM
ok2, nt meolss try buat..try la sgt beli mangga da 3 hari, hajat nk buat pulut mangga, smpai kesudah x jd pape lg nk buat ni
Quote cikcikebom 9-8-2016 10:45 AM
sedap boleh cuba.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.054954 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top