CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Hiburan Kini Lihat artikel

"Saya Hanya Penyampai Radio, Tak Perlu Gosip Liar"- AG Azmeer

18-4-2016 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16673| Komen: 46

Description: Sebagai penyampai radio, AG Azmeer telah enam (6) kali tersenarai sebagai calon akhir Penyampai Radio Lelaki Popular (ABPBH) iaitu untuk edisi 2008, 2009, 2011, 2012, 2013 dan 2014.


           

            Artikel: TS Loo l  Video: Desmond & TS Loo l Suntingan Visual: Ling Angie
 
   
Suka menyakat, petah bercakap dan juga kelakar, itulah antara karakter yang ada pada penyampai radio ini. Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG merupakan penyampai radio yang sudah tidak asing lagi dikalangan pendengar radio. Kini dia juga merupakan pengacara beberapa rancangan TV. 

AG yang merupakan anak jati Johor mula popular dengan program radio petang Jawarangers di Hot FM pada tahun 2008 dan 2009 sebelum mengendalikan program pagi AM Krew bermula 2010. 

Dalam temubual eksklusif bersama CARI Infonet baru-baru ini, AG memberitahu pembabitan dalam bidang penyampian radio adalah hasil daripada dirinya yang bersikap tidak memilih kerja yang turut memberi peluang buat dirinya. 


Di radio, AG berkebolehan menjadi pelawak apabila mencipta alter-ego seperti watak lelaki lembut Fifi dan juga lelaki tua berketurunan Jawa, Wak AG. 

Sebagai penyampai radio, beliau telah enam (6) kali tersenarai sebagai calon akhir Penyampai Radio Lelaki Popular (ABPBH) iaitu untuk edisi 2008, 2009, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

AG telah mendirikan rumahtangga bersama isterinya Emelda Binti Amir pada 30 April 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar , dan Muhammad Aqriz Anmar.

Terbaru ini, setelah selama 10 tahun berkhidmat di Hot FM, AG Azmeer kini ditugaskan dalam stesen radio baru Kumpulan Media Prima iaitu KoolFM yang telah mula beroperasi pada 3 Mac lalu. 

Dalam KoolFM, AG Azmeer dipertanggungjawab mengendalikan slot seawal 6 pagi bersama gandingan barunya yang merupakan seorang penyanyi iaitu Haiza.- CARI Infonet










2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oak.balustrade 18-4-2016 10:20 AM
So-so jah dia ni. Oklah takde la merapu bukan2..
Quote barfi 18-4-2016 10:29 AM
Tak suka sgt dj yg pekat sgt jawa.
Macam AG dan Shuib.
Quote nenas_tippy 18-4-2016 10:41 AM
Ag ni dlu dj best104 ke dulu..pgl ag azmir...

Mcm pnh dgr dlu stat pgl ag sbb muda2 dah g haji..

Dgr mase last day kt hotfm..ag ckp die dr family yg senang..ms form5 dah ada kereta
Quote zaraaqilah 18-4-2016 10:44 AM
I suka jer AG kat Kool FM.....dia antara DJ otai yg I minat....x merapu, x terpekik terlolong n x syok sendiri. Gandingan dia ngan Haiza pon ok jer....
Quote Themilo 18-4-2016 11:04 AM
pooraaahhh! sendiri melawak, sendiri ketawa.. syok sendiri pleekk tu..
Quote devilito2 18-4-2016 11:32 AM
biasa biasa la AG.... kira average la
Quote lasagna 18-4-2016 11:43 AM
ok laa AG ni.. tak de merapu sgt, jd watak fify pun ok jer sbrnya lawak.
dia pun tak laa inter frame over sgt mcm setengah dj.. ok laaa sket.
Quote -electrifying- 18-4-2016 12:03 PM
boleh la... xde la bingit tinge dgr
Quote Minami2013 18-4-2016 12:18 PM
Ok je AG as a dj....cume kalo buat panggilan hangit mmg tak hangit langsunggggg.... biar fizi.... good luck AG kalo u baca
Quote anisania 18-4-2016 12:23 PM
beribu kali ok kut AG ni berbanding SY tuh..
tapi chemistry antara AG dan FBI antara yang paling best pernah i dengar.. second, hafiz and ben at fly fm.. skang dedua gandingan ni dah takde..
Quote Lavender_Violet 18-4-2016 01:10 PM
Dia ni perasan hensem!
Quote eizarz 18-4-2016 01:13 PM
AG=attorney general
Quote hatikudus 18-4-2016 01:15 PM
Berganda2 kali bagus si AG ni kat hotfm drpd badut2 am crew skrg...ppfftt! Aku tak dengar dah hotfm am crew, sakit telinga hingga ke hati...serius
Quote haruslah 18-4-2016 01:16 PM
nenas_tippy replied at 18-4-2016 10:41 AM
Ag ni dlu dj best104 ke dulu..pgl ag azmir...

Mcm pnh dgr dlu stat pgl ag sbb muda2 dah g haji..
...

ooo ye ke

ariu masa last day kat hot cam seelan citer
susah payah ag ni nak ke epot bagai
ade la pasal naik basikal
cara seelan citer cam dia org susah

ke aku slh dgr

Quote bambimbom 18-4-2016 01:20 PM
saper plak nak gosipkan ko wey!!! pernah menang abp kah?
Quote Jajabeans 18-4-2016 01:28 PM
aku suka dia ni jadi dj cumanya dia suka mengilai kat konti. ckp sikit mengilai ckp sikit mengilai. kdg2 konpius dia ni nk jd pak lawak ke nk jd Dj.
Quote MH37O 18-4-2016 02:13 PM
dj/hos sampah..

Quote Adeakukesah11 18-4-2016 02:16 PM
Geli tgk muka dia . Sorry
Quote kechikchomel 18-4-2016 02:21 PM
haruslah replied at 18-4-2016 01:16 PM
ooo ye ke

ariu masa last day kat hot cam seelan citer

ada gak dengar masa dia last day kat hot fmkalau tak silap la..
memang masa dia bujang dulu mak ayah dia mewahkan dia
bagi kereta sume
tapi lepas dia kawin dia cabar diri dia hidup berdikari
(ni yang saya dengar la)

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069245 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top