CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kedai Mamak Caj RM10 Untuk Pendingin Hawa Dikecam Teruk

19-4-2016 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16531| Komen: 100|Original author: R2D2

Description: “Sejak resit itu tersebar di Internet, ramai pelanggan datang
Oleh Adib ZA



Mengejutkan apabila sebuah restoran mamak di Bangsar, Kuala Lumpur didapati mengenakan caj terhadap pendingin hawa yang digunakan sebanyak RM10.

Seorang pelanggan yang memuat naik gambar resit bertarikh 15 April itu jelas menunjukkan caj terhadap pendingin hawa itu.

Ini sekaligus membuatkan ramai netizen lain mengecam dan mahu memboikot restoran tersebut selepas menganggap ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak wajar. 

Bagaimanapun, pengurus restoran itu tampil menjelaskan ia merupakan kesilapan kakitangannya yang mengeluarkan resit itu kepada pelanggan itu, memetik laporan Sin Chew Daily. 

Jelasnya lagi, caj itu sememangnya dikenakan jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau perjumpaan tanpa memesan apa-apa makanan dan minuman. 


Namun, jika pelanggan yang duduk di bilik itu ada memesan makanan dan minuman, caj pendingin hawa itu tidak dikenakan. 


Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)



“Sejak resit itu tersebar di Internet, ramai pelanggan datang dan bertanyakan perkara sebenar.

“Saya mahu tegaskan, kami tak kenakan bayaran itu. Ini adalah kesilapan pekerja ketika mengeluarkan resit itu kepada pelanggan. Kami telah buat resit lain dan tidak kenakan sebarang caj pendingin hawa kepada mereka,” ujarnya.

Bagaimana dengan pandangan anda? Adakah wajar pihak restoran mengenakan caj penggunakan pendingin hawa kepada para pelanggan? Selepas ini jangan terkejut jika ada yang mengenakan caj terhadap penggunaan wifi pula. - CARI Infonet


Sumber: FMT, Sin Chew Daily
10

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
22

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jagendas 18-4-2016 12:19 PM
caj air cond ?
customer kunyah air cond ke ape
then mcm mane  item code air cond ade dlm system cashier ?
Quote rosasa 18-4-2016 12:22 PM
agak2 kenyang tak makan aircond rm10 tu
Quote R2D2 18-4-2016 12:24 PM
Jagendas replied at 18-4-2016 12:19 PM
caj air cond ?
customer kunyah air cond ke ape
then mcm mane  item code air cond ade dlm system c ...

jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berjumpa rakan-rakan tanpa memesan makanan atau minuman, maka pihaknya akan mengutip RM10 caj pendingin hawa daripada mereka yang duduk melebihi dua jam di premis berkenaan.
Quote Jagendas 18-4-2016 12:26 PM
R2D2 replied at 18-4-2016 12:24 PM
jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berj ...

tak patut ade pon benda2 tu
some customer nk aircond sbb bila takde aircond org bebas isap rokok
tempat aircond ni nk elak dari asap rokok
Quote AbukRokok 18-4-2016 12:31 PM
lepas ni caj la caj wifi
klu duk situ sejam order skyjuice je tgk hp je cas wifi

klu tgk bola knekan caj hiburan

babi mamak
Quote HibinoSama 18-4-2016 12:32 PM
R2D2 replied at 18-4-2016 12:24 PM
jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berj ...

Baik punya alasan..
Klu pelanggan x perasan kt bil tu, dpt la rm10..
Klu kantoi, buat alasan mcm ni
Quote stilla 18-4-2016 12:36 PM
Kaya lah macam tu charge aircond. Dah sah2 terbayar dan boleh tambah aircond lagi.
Quote ultra78 18-4-2016 12:36 PM
Cikainya bermesyuarat di restoran mamak aje...geng mlm ke tu?

Quote kemaruk 18-4-2016 12:39 PM
bila kantoi, macam2 la alasan

macam kaki pitenah gak, bila dah kantoi, ada je alasannya nak membenarkan pitenah..

semoga Allah laknati kedua-dua golongan ini, amin..
Quote Bedah.Cun 18-4-2016 12:40 PM
Yang kau pegi lagi kedai mamak tue watpe
Quote bluehedgehog 18-4-2016 12:41 PM
X sanggup bayar sila berambus je gerai burger tepi jalan...
Quote Skuau 18-4-2016 12:53 PM
Apa2 caj tmbahan slain mkn mnm kena bgtau dlu....kecuali ko sngajer nkn 'promosi'.....
Quote prettyuglybabe 18-4-2016 12:56 PM
dalam bil sistem mamak ni, semua benda ke dia masukkan?
air cond.. sudu garfu extra.. pinggan mangkuk extra.. kipas.. tissue
Quote sipendiam 18-4-2016 12:57 PM
kat restoran sharifah bangi ada charge duduk meja bersila RM1
Quote catalina 18-4-2016 12:59 PM
Caj sempena El nino ker ni?
Quote shamsadis 18-4-2016 01:00 PM
mamak kalau tak menipu dalam perniagaan bukan mamak sebenar
Quote hanydean 18-4-2016 01:02 PM
mahbub ke?
last fri mkn kat situ tempat aircond tapi x tgk plak bil ada charge utk duduk tmpt aircond ke x. sbb mkn ramai2 so malas nak beriya check
Quote kemaruk 18-4-2016 01:02 PM
ujung2 salah kerajaan jugak bila harga barang naik

peniaga2 yang menipu ni jarang sangat orang nak salahkan
Quote ultra78 18-4-2016 01:04 PM
Mesti sembang kencang juta-juta tapi dapat bil caj aircond RM10 terus mengamuk

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.298207 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top