CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bandar Chongqing - Bandar Bersejarah dan Moden

25-4-2016 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3777| Komen: 0

Description: Bandar Chongqing yang terletak di barat daya China diberikan jolokan nama “bandar pergunungan”, “bandar berkabut” dan “bandar jambatan”.

Oleh : TS LOO



Bandar Chongqing yang terletak di barat daya China diberikan jolokan nama “bandar pergunungan”, “bandar berkabut” dan “bandar jambatan”. 

Kedudukan geografi Chongqing terletak di kawasan pergunungan, iaitu di antara Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dengan Dataran Aliran Tengah dan Hilir Sungai Yangtze. 

Selain itu, kedua-dua Sungai Jialing dan Sungai Yangtze juga mengalir melalui bandar tersebut. Maka, bandar Chongqing mempunyai banyak jambatan. 



Chongqing ialah salah sebuah daripada empat buah bandar yang di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat China. Ketiga-tiga lain ialah Beijing, Tianjin dan Shanghai. 

Jumlah keluasan bandar Chongqing mencatat 82.403 ribu kilometer persegi dan angka ini merupakan 2.39 kali ganda daripada keluasan ketiga-tiga bandar Beijing, Tianjin dan Shanghai. 
 
Bandar Chongqing menyimpan sejarah yang lama. Pada kira-kira 2 juta tahun yang lalu, bandar tersebut mula diduduki manusia, iaitu orang Wushan, manusia yang paling awal ditemukan di China. 

Orang yang tinggal di kawasan Chongqing dipanggil “Ba”. Orang Ba tinggal di kawasan pergunungan dengan persekitaran yang berbahaya. Oleh itu, orang Ba memiliki keperibadian yang tegas, berani dan pandai berjuang.



Bandar Chongqing juga mempunyai destinasi pelancongan yang istimewa. Pemandangan alam di Chongqing amat indah seperti gunung, sungai, hutan, air terjun, ngarai, gua, dan lain-lain.

Terdapat lebih 300 destinasi pelancongan di bandar tersebut antaranya termasuklah pemandangan Tiga Gaung Sungai Yangtze yang terkenal di dunia, ukiran batu Dazu (warisan budaya dunia) dan destinasi Pelancongan Topografi Wulong (warisan alam semula jadi dunia). 

Selain itu, bandar Chongqing juga mempunyai 24 taman hutan peringkat negara, enam taman geografi peringkat negara, empat kawasan perlindungan alam sekitar peringkat negara, dan lain-lain.

Pada bulan Mei tahun 2015, Chongqing menduduki tempat pertama dalam senarai "Tarikan Bandar Pelancongan China 2015” yang diumumkan oleh Institusi Penyelidikan China(SAP).- CARI Infonet
 


sumber info: www.china.com

19

Bagus
13

Marah
7

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060487 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top