CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Nostalgia Lihat artikel

Memori Puasa di Kampung Dulu-dulu

5-6-2016 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7081| Komen: 6

Description: Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa
oleh Adib ZA

Pengalaman berpuasa di kampung memang terbaik..Lebih-lebih lagi mereka yang berhampiran lokasi sawah bendang, pantai dan sebagainya. 

Ikuti pengalaman yang dipetik dari blog Kadir Jasin ini...pasti menyegarkan kembali ingatan zaman kanak-kanak. 

Bagaimana pula dengan anda? Jom 'share' dengan kami. -
CARI Infonet


Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google



SAMBIL menanti waktu berbuka puasa, teringat saya kepada bulan puasa ketika kanak-kanak dulu.

Bagi pembaca dan pembahas yang segenerasi dengan saya atau yang 10 hingga 15 tahun lebih muda dan berasal dari kampung tentu masih ingat keistimewaan bulan puasa.

Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa. Waktu itu kalau tengok anak bulan, memang tengok betul-betul. Kalau tak nampak anak bulan Ramadan, tak mula puasa.

Di pedalaman Kedah bukan mudah hendak dapat berita fasal tidak ramai orang ada radio. Salah satu kaedah menghebahkan puasa dan waktu puasa adalah dengan tembakan meriam di Alor Star.

Kerana waktu itu belum banyak kenderaan dan tidak hingar bingar macam sekarang, bunyi letupan meriam di Alor Star boleh didengar berpuluh kilometer jauhnya, apatah lagi kalau waktu air pasang besar.

Ada kalanya lain kampung lain hari permulaan puasa dan hari raya akibat tidak dapat berita atau kerana “fatwa” tok guru tempatan. Ada yang ditangkap Jabatan Agama Islam kerana tidak ikut arahan mula berpuasa dan beraya.

Waktu petang saya dan kawan-kawan seusia berbasikal berkilometer jauhnya untuk membeli air batu ketul yang paling murah. Kami berebut memilih ketul paling besar. Supaya lambat cair, ketul ais itu diseliputi habuk kayu atau sekam dan dibungkus dengan kertas surat khabar. Untuk lebih tahan, kami membalutnya pula dengan guni.

Waktu berbuka paling nikmat. Minum air serbat dan makan nasi serta kuih-muih sampai perut menggelembung macam belon dan jatuh terlentang.

Lepas itu kalau ada tenaga atau disuruh ibu bapa, kami berbasikal ke masjid untuk solat isyak, terawih (atau tarawih) - mengikut Kamus Dewan - dan makan moreh.

Kalau hari cuti atau ketika cuti sekolah dan dibenarkan ibu bapa kita tinggal di masjid untuk pukul gendang raya bila sampai waktu bangun bersahur.

Apabila bulan puasa jatuh ketika musim menuai, maka ramailah petani yang membanting padi pada waktu malam di bawah cahaya bulan atau lampu “goslin” (gasoline) kerana siang terlalu panas dan kehausan berpuasa.

Lagipun berbuka puasa sangat meriah kerana adik beradik ramai. Bersama ayah dan emak, bilangan kami menjadi 10. Makan mesti berebut kalau ayah dan emak tak nampak. Masing-masing takut tak cukup.

Demikian nostalgia. Untuk semua Muslimin dan Muslimat selamat berbuka.



Sumber: http://kadirjasin.blogspot.my/2009/08/nostalgia-bulan-puasa-di-desa.html

7

Bagus
28

Marah
2

Terkejut
22

Sedih
30

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ALWAYSREDA 9-6-2016 11:13 AM
Paling tak lupa masa duduk kampung kecik2 dulu masa bulan Ramadan....selalu elektrik blackout..mungkin pasal satu kampung dah terlebih guna letrik, iya lah, masing2 hias rumah dengan lampu lip lap. So, kadang2 bila time berbuka je...bertemankan lampu gasoline atau lampu pelita....apalagi hitam lubang hidung masing2 kerna asap dari lampu pelita. Satu lagi, lepas je mandi petang(air perigi..sejuk menyegar badan) jadi ruti harian, kena nyalakan lampu pelita keliling pagar rumah.
Quote Artemesiaa 9-6-2016 06:30 PM
Dulu2 ramai yang suka pasang pelita tau punjut zaman sekarang semua main pasang lampu lip lap je
Quote pearl.silver 10-6-2016 12:16 AM
Xleh nk trobek puasa dulu2
Nnt nk nanges sbb teringat arwah mak..
Terawih td pun menitik dah sbb teringat
Quote Greenbutterfly 10-6-2016 09:19 PM
Bestnye kenangan berpuasa zaman kecik2 dulu..meriah bsama mak ayah dan adik bradik,skrg masing2 dh berkeluarga.. semuanya tinggal kenangan
Quote hasniey 10-6-2016 11:09 PM
mungkin kg ai xcukup "kampung" or ai ni.muda lg so pd ai puasa dulu2 ngn skrg sama je
yg bezanya skrg ai dh pndai msk juadah brbuka
Quote mamatkilau 11-6-2016 02:49 PM
Dulu ayah saya buat pelita dari batang buluh. Kadang kadang kitaorang cari tin susu buat pelita sendiri.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.276000 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top