CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Trending Lihat artikel

Selfie Selepas Solat Sunat Tarawih, Apakah Hukumnya?

6-6-2016 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11786| Komen: 54

Description: Gejala "Selfie" selepas menunaikan solat Tarawih di masjid dan menyiarkannya.. Perbuatan menangkap gambar sendiri dengan menggunakan telefon pintar atau 'selfie' selepas menunaikan solat at ...


Oleh : Dean BZ

Gejala "Selfie" selepas menunaikan solat Tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat mahu menunjuk-nunjuk dilihat seperti satu trend baru setiap kali bulan ramadan. 

Perlu kita tahu apakah hukum disebalik perbuatan itu kerana mungkin ada yang menganggapnya satu perkara remeh. Tahukah anda perbuatan ini disifatkan boleh menghapuskan pahala ibadah.


Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat dan menyebut fokus ibadah adalah keutamaan dalam keikhlasan seseorang individu.


"Khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang penting dalam ibadah. Semasa beribadah ini kita perlu tinggalkan alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah kepada seluruh dunia. "Apa tujuan kita ke masjid? apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar 'selfie'?

Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Nooh mengulas sikap sesetengah masyarakat yang gemar mengambil gambar di masjid selepas beribadah dan memuat naik di laman sosial seperti Facebook. 

Katanya, fokus semasa beribadah juga tidak tertakluk kepada 'selfie' malah isu sejadah. "Seperti di Johor sendiri, beberapa masjid tidak menggunakan sejadah bercorak berbunga kerama mahu jemaah memberikan fokus 100 peratus semasa beribadat," ujarnya.

Tegasnya, perbuatan selfie selepas beribadah turut membatalkan khusyuk dan keikhlasan. "Riak dan takabbur ini menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri hendak sembahyang ke hendak berselfie? "Ibadah sama seperti bersedekah, konsepnya jika tangan kanan memberi, tangan kiri tidak sepatutnya tahu.  

"Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial. Tidak ada gunanya kalau pergi beribadat di masjid dan pulang tanpa dapat pahala," jelasnya.

Jadi buat semua terutamanya golongan wanita, hentikanlah perbuatan selfie selepas Tarawih. Fokuslah pada ibadah sebenar dan janganlah setiap perkara yang kita lakukan hendak dikongsi di laman sosial. - CARI Infonet

Gambar Hiasan

27

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 6-6-2016 12:23 AM
kau dah kenapa post thread yang sama banyak2 kali?
Quote lobai_busuk 6-6-2016 12:25 AM
edee_91 replied at 5-6-2016 04:23 PM
kau dah kenapa post thread yang sama banyak2 kali?

penat delete 1 by 1  
Quote red_cattleya 6-6-2016 01:06 AM
belum kira yg pakai telekung berwarna warni lagi..klu dk saf belakang, saf depan tu dh mcm kek rainbow..sedap tau x
Quote sekngucing 6-6-2016 02:32 AM
aku rasa dosa pahala ni allah tentukan,  buka. mufti
Quote FOTHER-MUCKER 6-6-2016 02:33 AM
Yahudi sememangnya lahanat buat camera untuk menyesatkan orang isle!
Quote pyropura 6-6-2016 02:43 AM
FOTHER-MUCKER replied at 6-6-2016 02:33 AM
Yahudi sememangnya lahanat buat camera untuk menyesatkan orang isle!

jilake juga pada Arob Moslem, al Hazen & cina lahnat Mou Ti yang menginspirasikan teori kamera (pinhole)...  
Quote batman_2007 6-6-2016 05:35 AM
Pe bende la..Sesuka hati jer ..mad:

Nk mncegah tu biar guna cara lain boleh jer.. Tak pyah jd penunggang agama boleh tak?


Quote becir 6-6-2016 05:42 AM
But of course dia dpt memo dari Allah
Quote gaara_X 6-6-2016 07:20 AM
benda riak bukan leh wat memain....nampak simple...tapi dia punya kesan.....

renung²kan....selamat beramal....
Quote Modngengade 6-6-2016 07:50 AM
edee_91 replied at 5-6-2016 04:23 PM
kau dah kenapa post thread yang sama banyak2 kali?

Acong telah mengalami kecelaruan identiti sis edee....cash lah
Quote qronaldo7 6-6-2016 08:06 AM
done terawih
Quote AMDTurion 6-6-2016 08:20 AM
ini mesti kes x habis explain nih...

tanda2 ummah mula menyangkal fatwa2 yg dikeluarkan oleh ulama.

ummah ateis bergumbira. -1 .  ulama pening kapla.-0
Quote mdhelmi 6-6-2016 08:48 AM
buat amalan semata2 utk menunjuk2 antara sebab amalan tersebut xditerima
kalo berselfie sbb nak bgtau member yg tgh ondaway yg diorg dah sampai kat masjid gini gini bentuk masjidnya...yg ni okla kot
semuanya bergantung pada niat
Quote lobai_busuk 6-6-2016 09:39 AM
FOTHER-MUCKER replied at 5-6-2016 06:33 PM
Yahudi sememangnya lahanat buat camera untuk menyesatkan orang isle!

sejak ada kamera, org isle dah tak boleh bawa cerita bulan dibelah dua oleh nabi  
Quote lobai_busuk 6-6-2016 09:40 AM
Modngengade replied at 5-6-2016 11:50 PM
Acong telah mengalami kecelaruan identiti sis edee....cash lah

bro, aku dah gigih delete 1 by 1  
Quote nadeem 6-6-2016 09:48 AM
red_cattleya replied at 6-6-2016 01:06 AM
belum kira yg pakai telekung berwarna warni lagi..klu dk saf belakang, saf depan tu dh mcm kek rainb ...

hahahaaaa..nampak nau xkusyuk...
Quote ketekodok 6-6-2016 09:57 AM
tak perlulah manusia nak sibuk amalan manusia lain. tuhan tentukan amalan masing masing diterima atau tidak....
Quote lobai_busuk 6-6-2016 10:05 AM
ketekodok replied at 6-6-2016 01:57 AM
tak perlulah manusia nak sibuk amalan manusia lain. tuhan tentukan amalan masing masing diterima ata ...

tuhan yg mana?   
Quote famri7 6-6-2016 10:08 AM
Haruslah kena selfie kalau xelohim xtahu kan sisi? Kalau dpt letih jah cangkung2 tiada orang tahu.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.071999 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top