CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Nostalgia Lihat artikel

Jejak Rasul, Rancangan Wajib Tonton Sebelum Berbuka Puasa

7-6-2016 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7908| Komen: 5

Description: Masih ingat lagikah rancangan Jejak Rasul yang ditayangkan...

Oleh : Dean BZ


Masih ingat lagikah rancangan Jejak Rasul yang ditayangkan di TV3 setiap kali bulan Ramadan? Muzik intro rancangan ini sudah cukup menggamit kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanak. 



Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul. Rancangan ini biasanya ditayangkan pada sebelah petang sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Kini Jejak Rasul sudah memasuki episod berbelas-belas dan menerokai keseluruh tempat hingga ke kepulauan Oceania .



Zainal Ariffin Ismail yang merupakan hos Jejak Rasul dan juga selaku penerbit eksekutif Jejak Rasul 16 menegaskan, “Sejak mula bersiaran lebih 15 tahun dahulu, program Jejak Rasul terus memberi impak yang amat berkesan kepada penonton dan industri dalam sejarah dokumentari berbentuk ilmiah. 

Tidak hairanlah kenapa siri pengenalan Jejak Rasul ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan saban tahun dan telah menerima beberapa anugerah di dalam bidang penyiaran tempatan dan diiktiraf antarabangsa. Meneruskan tradisi dengan menyajikan hanya yang terbaik untuk para penonton setia kami, kesinambungan Jejak Rasul diteruskan di mana misi dan visi kali ini bertujuan untuk membuka minda di samping memberi gambaran dan fakta yang benar tentang agama Islam dan sejarahnya, sekaligus dengan harapan dapat sedikit-sebanyak menyangkal dan mengurangkan persepsi buruk dan negatif orang ramai terutamanya mereka yang agak terikat dengan ‘racial profiling’ dan terpengaruh dengan sumber ataupun rujukan yang tidak boleh dipercayai.”

“Secara dasarnya, faktor utama punca kepada perbalahan dan krisis perang skala global berpunca daripada pergolakan budaya dan agama yang telah digembar-gemburkan sejak berabad lamanya. Kami bersyukur dan berbangga kali ini program Jejak Rasul 16 akan disiarkan serentak bersempena bulan puasa bukan sahaja di negara kita sendiri, malah akan turut ke udara di Indonesia dan Brunei. Ini bermakna pendedahan dan paparan yang ditonjolkan dapat dikongsi dan difahami bukan sahaja oleh para penonton TV3 tetapi hampir sebilangan besar penduduk di Asia. 

Oleh itu, tema atau subjek utama Jejak Rasul musim ini Trilogi Suara Kebenaran harus diberi keutamaan dan perhatian oleh setiap lapisan masyarakat, supaya mesej dan falsafah yang hendak disampaikan dapat difahami dan seterusnya menjadi amalan kehidupan harian kita semua,” ujar Zainal lagi.

Semoga rancangan Jejak Rasul ini akan berterusan supaya dapat dijadikan santapan rohani bagi generasi sekarang dan akan datang. - CARI Infonet.

12

Bagus
4

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote catalina 7-6-2016 04:36 PM
Pukul baper? Semalam cari tak dek lak.
Suara haji zainal ni sinonim dgn JR. Suker denga sore dia jd pengantara.
Quote Artemesiaa 7-6-2016 05:13 PM
Suka yang siri dulu2 punya terutama bab peningalan para nabi dan rasul.  Yg kebelakangan ni lebih kepada umat islam serata dunia je.
Quote zameyla 7-6-2016 05:46 PM
best tengok tempat2 orang...
Quote Hulkmalaya 7-6-2016 06:45 PM
Baca artikel tt ni je terus ter flashback intro jejak rasul sesambil tu mngharapkan cepat la iklan doa berbuka hahahah
Quote Mary_jane 8-6-2016 06:21 AM
Ot jap. Syahadah kat tv1 tu pun makin best.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047988 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top