CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Soal Jawab Lihat artikel

10 Soalan Lazim Yang Sering Diajukan Berkenaan Puasa

8-6-2016 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6332| Komen: 11

Description: Bila bulan Ramadan menjelma, pasti ada soalan-soalan..

Oleh : Dean BZ


Bila bulan Ramadan menjelma, pasti ada soalan-soalan atau kemusykilan yang masih bermain di fikiran sesetengah orang mengenai hukum puasa.


Ramai masih keliru namun tidak mahu bertanya. Adakah kita mahu mengerjakan ibadah puasa dalam keadaan was-was?  

Jadi mari kita lihat apakah soalan-soalan popular berkenaan puasa.



1. Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?
- Tak batal

2. Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?
- Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.


3. Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?
- Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.

4. Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?
- Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.

5. Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
- Tak batal.

6. Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?
- Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

7. Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?
- Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

8. Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?
- tidak benar.

9. Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?
- Tempat kita bekerja.

10. Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?
- Batal telan kahak dari dalam tekak.

Semoga segala kekeliruan terjawab, mungkin ada kesalahan-kesalahan yang membatalkan puasa pernah kita lakukan. Jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan. - CARI Infonet.




Sumber - UstazAzharIdrus

7

Bagus
12

Marah
64

Terkejut
20

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 8-6-2016 04:31 PM
5. Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
- Tak batal.


erk... setahu i batal. ke mmg difatwakan mmg x batal? ke mcmne?
Quote alasala 8-6-2016 11:48 PM
Alhamdulillah. Tq for sharing
Quote kemaruk 9-6-2016 02:19 AM
tu semua soalan bodo soalan budak2 darjah 3

soalan sebenar dan intelek ialah:

waktu dilarang makan/minum bermula bila?

a. sebelum masuk waktu imsak
b. sebelum masuk waktu subuh
c. kalau tengah makan sahur, tapi azan subuh dah berkumandang, masih boleh terus makan
d. wa tatau.. wa main bedal je.. wa bodo
Quote AisyDani13 9-6-2016 11:04 AM
chinta89 replied at 8-6-2016 04:31 PM
5. Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
- Tak batal.

Ada sesetengah pendapat ianya makruh.. tapi kalau dah beria2 koreknyaa.. jadi batal..

p/s: maaf,betulkan saya kalau salah silap
Quote dabai 10-6-2016 04:16 PM
AisyDani13 replied at 9-6-2016 11:04 AM
Ada sesetengah pendapat ianya makruh.. tapi kalau dah beria2 koreknyaa.. jadi batal..  ...

Ada orang kata korek hidung dengan jari tak batal. Sebab jari tu bukan makanan dan tak akan mengenyangkan.
Kalau korek pakai french fries mungkin batal. WA.
Quote AisyDani13 13-6-2016 09:02 AM
dabai replied at 10-6-2016 04:16 PM
Ada orang kata korek hidung dengan jari tak batal. Sebab jari tu bukan makanan dan tak akan mengen ...

mula2 i olls baca dengan serius.. sekali ada french fries ler pulok...
Quote chinta89 13-6-2016 11:09 AM
AisyDani13 replied at 9-6-2016 11:04 AM
Ada sesetengah pendapat ianya makruh.. tapi kalau dah beria2 koreknyaa.. jadi batal..  ...

selama ni mmg duk pegang konsep korek idung tu batal pose
Quote AisyDani13 13-6-2016 02:51 PM
chinta89 replied at 13-6-2016 11:09 AM
selama ni mmg duk pegang konsep korek idung tu batal pose

samalah kite.. dari dulu mmg pgg konsep tu..tu yang bile kite cite kat mak kite pasal isu korek idung xbatal ni..
dia pun terkejut, dia kata..  dah dari dulu tak korek.. xpayahla..

hiihii
Quote chinta89 13-6-2016 04:43 PM
AisyDani13 replied at 13-6-2016 02:51 PM
samalah kite.. dari dulu mmg pgg konsep tu..tu yang bile kite cite kat mak kite pasal isu korek id ...

sama la mak kite jwb gtu gak!
Quote AisyDani13 14-6-2016 08:44 AM
chinta89 replied at 13-6-2016 04:43 PM
sama la mak kite jwb gtu gak!

hehe GIVE ME 5
Quote dabai 14-6-2016 01:37 PM
AisyDani13 replied at 13-6-2016 09:02 AM
mula2 i olls baca dengan serius.. sekali ada french fries ler pulok...

Tak pernah lagi tengok orang kenyang dgn korek hidung dan tak pernah lagi tengok orang bukak posa masuk fries dalam hidung.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051565 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top