CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Trending Lihat artikel

Isteri Pun Penat Berpuasa, Tapi Tetap Layan Kerenah Suami

15-6-2016 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7725| Komen: 22

Description: Di kala ingin berjimat cermat tidak membeli makanan di bazar
oleh Adib Za


Status yang satu ini menjadi viral apabila netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh pengguna internet ini, Misnan Ahmad.

Memberikan nasihat secara sinis namun mempunyai maksud yang mendalam, katanya ramai suami yang terlupa untuk membantu isteri terutamanya dalam bulan Ramadan ini. 

Katanya, kita kan sama-sama ingin berjimat, sama-sama berpuasa dan letih, tapi mengapa dibiarkan isteri berseorangan menyiapkan juadah.

Di kala ingin berjimat cermat tidak membeli makanan di bazar, adakah lelaki masih ingat untuk memberi upah kepada isteri yang memasak untuknya?

Di kala berasa letih, si isteri masih tidak lupa untuk bertanya menu kesukaan suami untuk berbuka puasa. 


Itu perbezaan lelaki dan wanita yang ditunjukkan oleh netizen ini. Antara lain, dia memberi penekanan kepada lelaki, jangan sesekali membiarkan isteri terkontang-kanting membuat kerja rumah, menyiapkan juadah berbuka puasa. Sebaliknya tunjukkan penghargaan dan bantulah isteri anda.

Lakukan yang terbaik pada bulan Ramadan ini. Apa kata anda? - CARI Infonet


2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Core 15-6-2016 01:55 PM
Kerja aku hanya masak utk buka sahaja. Betul2 masak sahaja. Lain2 macam raw ingredients utk masak, benda2 bazaar, dan sahur aku tak payah fikir. Sahur laki aku siapkan semua aku cuma bangun dan makan, kalau aku nak makan.
Quote cmf_premierleag 15-6-2016 02:17 PM
Maybe stok2 pompuan yg kawen asalkan berlaki
Kalo aku, kawen tu means kawan....susah senang sama2 dan sama2 memahami
Buka stakat ngeseks jah dan buat bini mcm bibik
Quote nuryakmal 15-6-2016 03:20 PM
takde masalah kot dalam sapa nak masak bla bla bla. yg penting kerjasama #upinipin #janganmerungut  
Quote Esmiria 15-6-2016 03:27 PM
Mcm2 jantan ni.Of coursela  istri kena layan suami camtu.Kang  x lyn cmtu,cite kat forum or fb instead of cite kat org pandey agama. X belaja agama ke sampai duk ngangkang masa istri buat segala? Dulu bfore bercinta,sanggup buat mcm2..  
Quote Esmiria 15-6-2016 03:28 PM
sbb tu msak sndiri jimat.tpi org kita mls lainlah kau student or x sempat sgt2.tu lain.
Quote talapia 15-6-2016 04:12 PM
nak jimat... memangla masak sendiri. confirm2 sedap menepati citarasa. tapi... kalau dah isteri tu bersilat memasak di dapur... si suami tolong2 la apa yg patut. bancuh air.. hidang.. cuci pinggan ke hape. bukan tergolek depan tv tunggu azan.

kalau dapat laki jenis golek depan tv tunggu hidang siap aje... memang letihla. macam dia sorang aje lak puasa n keje. aku working mom. balik keje mmg terus memasak. tapi mr hubby pon bersilat gak.. walau dia tak reti masak.. tp dia tolong buat air.. hidang.. or buat keje2 rumah yg lain. so that lepas siap masak.. aku dah bole rileks kejap. takdela lepas masak nk kene basuh baju.. mandikan anak pulak. tergolek mak nak oiii
Quote sabar_sabariah 17-6-2016 09:44 AM
sedih pose tahun ni
sbb tak dapat masak buka and sahur tok husben
Quote Nham22 17-6-2016 09:49 AM
Sempat ke isteri nk buat dessert tuk berbuka klu yg working tu...? Kire hebatlah kalau sempat...
Quote mamasaffiya 17-6-2016 10:00 AM
talapia replied at 15-6-2016 04:12 PM
nak jimat... memangla masak sendiri. confirm2 sedap menepati citarasa. tapi... kalau dah isteri tu b ...

betul .. sama macam kami
cuma letih sikit kalau hasben shif petang atau ot yang dia tak berbuka di rumah
bab basuh pinggan memang dah tender ke anak perempuan

kalau hasben ada kat rumah .. sambil2 kita masak dia mengemas kat hall
tapi kalau dia nak rehat pun tak kisah sebab tahu kerja dia ikut shif .. tak cukup rehat
Quote krustykrab 17-6-2016 10:10 AM
tolong menolong, bantu membantu kena ada dlm rumahtangga....hari ni turn isteri masak, esok turn laki pulak

kalau laki x masak, tolong hidang, tolong basuh pinggan mangkuk, kemas meja...tu pun dah cukup...

Quote talapia 17-6-2016 10:23 AM
Nham22 replied at 17-6-2016 09:49 AM
Sempat ke isteri nk buat dessert tuk berbuka klu yg working tu...? Kire hebatlah kalau sempat...

sempat je kalau sambil2. pilihla dessert yg senang2.. yang tak perlu dibelek.. digentel satu2. hehe..

biasa aku buat agar2 je. sampai2 rumah.. terus masak agar2.. pastu sejukkan atas meja. bukak aircon kasi cepat keras. hehe.. pastu.. barula mandi n solat asar. pastu.. barula siapkan makanan. tapi depends gakla menu. aku biasa ptg2 tak makan nasi lauk. so goreng2 mee ke.. plan la apa kene masak dulu.. apa kene defrost dulu.. dalam kereta lagi dah plan apa kena buat step by step. hehe

Quote talapia 17-6-2016 10:26 AM
mamasaffiya replied at 17-6-2016 10:00 AM
betul .. sama macam kami
cuma letih sikit kalau hasben shif petang atau ot yang dia tak berbuka d ...

anak pompuan dah besar memang dah bole tender keje dah tu.. best. anak pompuanku... takleh nak ditender lagi.. baru darjah 1... kene lekakan dia dgn tv sementara tunggu azan. kalau nampak dia segar n bersememangat sket... barula mintak tolong hidang sikit2. takut gak dia tergoda tengok makanan tu.. hehe

Quote nononcrux 17-6-2016 02:23 PM
untunglah kalau suami semua pk mcm dia nh. . hui untung sesgt weyh
Quote nononcrux 17-6-2016 02:24 PM
krustykrab replied at 17-6-2016 10:10 AM
tolong menolong, bantu membantu kena ada dlm rumahtangga....hari ni turn isteri masak, esok turn lak ...

betul tu. .
Quote nut.legacy 24-6-2016 12:00 PM
dah muak kdg2 beli kt luar tu sbb kdg x sedap mana... kdg cepat basi.. masak sendiri lg rasa puas hati cuma penat ajer la... xpe..yg penting family happy
Quote kicap_madu 24-6-2016 12:36 PM
kalu dpt bini rjin untunglah. klu dpt bini pemalas smpikan nasi putih pon beli kat luar mmg melampau.
Quote mokcikKSKB 24-6-2016 08:50 PM
Laki aku kalau takat karipap tu xde maknanyandia nok beria soh aku buat.beli je sng...x kuasa nk dgr bini dia mengeluh letih letew. Tp masak lauk sahur sng je..segala yg boleh digoreng.kalau berlauk sgt kang gastroc pulak.
Quote Elle_mujigae 25-6-2016 12:09 AM
belilah pressure cooker untuk isteri...Noxxa ke..Philips ke..kerja memasak di dapur akan menjadi mudah...
Quote SitiRopeah 28-6-2016 03:27 PM
Nham22 replied at 17-6-2016 01:49 AM
Sempat ke isteri nk buat dessert tuk berbuka klu yg working tu...? Kire hebatlah kalau sempat...

sempat je kalau buat kuih simple2.
Contohnya kuih sagu gula melaka, curah susu cair...
Perghhhhh!!!

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.068395 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top