Oleh Izzah Abbasy
Kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj ke atas pelancong ke Langkawi bagi penginapan mereka selama berada di pulau peranginan tersebut bermula 1 Julai ini. Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, caj yang dikenali Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi ini akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan (MPLBP). Katanya, bayaran tersebut bukanlah suatu bentuk kutipan baharu ke atas pelancong di negara ini dan dijangka dapat memantapkan lagi pendapatan kerajaan negeri untuk memajukan industri berkenaan. Mohd. Rawi berkata, di bawah Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi itu, caj RM1 dikenakan ke atas setiap satu malam bagi setiap bilik untuk kemudahan penginapan bertaraf satu hingga dua bintang. Kata beliau, caj RM3 dikenakan ke atas setiap malam bagi setiap bilik untuk penginapan bertaraf tiga dan empat bintang, RM5 untuk penginapan lima bintang, RM7 untuk yang bertaraf enam bintang dan RM9 untuk tujuh bintang. Beliau berkata, pelaksanaan caj bayaran tersebut di Langkawi bermula Julai ini akan menjadi titik permulaan sebelum diperluaskan lagi secara berperingkat ke lain-lain tempat-tempat di Kedah. "Kadar bayaran yang dikenakan ini bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau kami tak mengenakan caj pelancongan ini, saya rasa kami tak menuju ke arah yang ke hadapan untuk memajukan sektor pelancongan Kedah," kata Datuk Mohd. Rawi. - CARI Infonet
|
23
Bagus |
21
Marah |
14
Terkejut |
22
Sedih |
12
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
"Kutipan seperti ini sudah pun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang sejak lebih dua tahun lalu. Ianya juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur,"
Changa replied at 20-6-2016 11:22 AM
paris pun ada kutip charge galakan pelancongan ke apa kejadah mereka panggil itu
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062150 second(s), 34 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.