Arkib Portal
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Arkib Portal 20-6-2016 11:46 AM 4731 Views
DescriptionAntoine Griezmann dan Dimitri Payet berjaya membantu Perancis menewaskan Albania dalam perlawanan Euro 2016 Kumpulan A, ...
Oleh : TS LOO



sumber foto: mstar



Antoine Griezmann dan Dimitri Payet berjaya membantu Perancis menewaskan Albania dalam perlawanan Euro 2016 Kumpulan A, sekali gus menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kalah mati melalui sumbangan dua jaringan lewat.

Ternyata bukan keputusan yang bijak buat jurulatih Perancis, Didier Deschamps bertindak meletakkan Paul Pogba dan Griezmann di bangku simpanan apabila pasukannya gagal menembusi gawang Albania walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan.

Gandingan Olivier Giroud dan Anthony Martial di bahagian serangan ternyata kurang berkesan walaupun Perancis menghasilkan 21 peluang sebelum gol pertama diperolehi.


Namun Deschamps menebus kesilapan tersebut apabila memasukkan Griezmann pada separuh masa kedua ternyata membuahkan hasil apabila bintang Altetico Madrid tersebut menjaringkan gol pada minit ke-90 menerusi tandukan jarak dekat.

Selang lima minit kemudian, Payet menjaringkan gol kedua untuk membantu Perancis menjadi pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati selepas mengumpul enam mata.- CARI Infonet


Keputusan terkini: 

Perancis  2   Albania 0

Romania 1    Switzerland 1

Russia 1    Slovakia 2




sumber berita : http://www.mstar.com.my/



Next:Jerman & Poland Sekadar Seri

Komen Terbaru
mdhelmi 20-6-2016 02:30 PM
bertuah punye reporter
berita 16jun pon disebatnya
AMDTurion 20-6-2016 03:43 PM
hahahaha...tutip tacang.