Oleh : TS LOO
Sebelum ini di negara kita tersebar satu fenomena di kalangan anak muda di pantai timur semenanjung yang mana kaum hawa kena sanggup menghidu bau ketiak teman lelakinya, barulah dapat membuktikan kesayangannya yang sejati.
Baru-baru ini, di Jepun ada juga fenomena pelik yang juga pasal ketiak yang kini menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen Jepun.

sumber foto: http://asiasmack.blogspot.my/
Laman web Sirabee mendapatkan seorang wartawan perempaun yang berwajah cantik bernama Akiko untuk menghasilkan 'Onigiri Bawah Ketiak' dan kemudian bagi rakan lelaki sepejabat untuk cuba merasainya.
Hasil cubaan bukan sahaja memperolehi pujian malah rata-rata menyatakan 'Onigiri Bawah Ketiak' itu sungguh wangi. Selain itu, ada juga berpendapat bahawa mahu dijadikan bahan sembah.

sumber foto: http://asiasmack.blogspot.my/

sumber foto: http://asiasmack.blogspot.my/
Berikut cara Akiko menghasilkan 'Onigiri Bawah Ketiak', iaitu pada permulaannya memicit dengan tangan sehingga nasi berbentuk bebola.
Kemudian membersihkan ketiak dan letak bebola nasi yang telah siap dibentuk itu di bahagian ketiak dengan cara mengepitnya.

sumber foto: http://asiasmack.blogspot.my/

sumber foto: http://asiasmack.blogspot.my/

sumber foto: http://asiasmack.blogspot.my/
Akiko menyifatkan onigiri yang dihasilkan itu dengan kenyataan bergurau " Siapa Yang Tidak Berani Cuba Akan Kena Makanan Beracun."
Selepas selesai menghasilkan bebola nasi, jelas kelihatan beberapa biji nasi tertinggal di bahagian ketiak Akiko.

sumber foto: http://asiasmack.blogspot.my/
Akiko berpendapat, mengepit bebola nasi di bahagian ketiak pasti berbau peluh dan perasaannya amat meloyakan.
Onigiri adalah nama Jepun bagi makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat, atau seperti karung beras.
Di Malaysia, Onigiri boleh dijumpai di bahagian makanan Jepun di pusat membeli belah terkemuka dan di restoran yang menyediakan makanan Jepun.- CARI
sumber info: http://asiasmack.blogspot.my/