CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Nostalgia Lihat artikel

Kenangan Mencuba Baju Raya Baharu, Sentimental Sungguh!

24-6-2016 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4801| Komen: 5

Description: Bila diingat semula, pasti boleh membuatkan kenangan itu
oleh Adib ZA

Teringat dulu sewaktu kecil bagaimana terujanya kita bila mendapat baju raya yang baharu.

Bila diingat semula, pasti boleh membuatkan kenangan itu berputar semula di minda. 


Ada yang menempah di kedai dan ada juga yang dijahit oleh ibu sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen atau blogger ini, dia bercerita bagaimana kenangan dia mendapat baju raya sewaktu kecil.

Memang sentimental! Jemput baca ya. 


Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google



Tahun ni saya paling excited menyambut hari raya. Bukan apa...kalau beberapa tahun lepas kebelakangan, saya beli je baju raya yang ready made tetapi tahun ini saya tempah jahit 2 pasang baju kurung pesak gantung dan sepasang kurung moden.


Cewah...3 pasang baju....beraya sakan kak nani!!!!

Memang..saya teringin nak kembalikan nostalgia persiapan menyambut hari raya. Saya lihat anak-anak saya sekarang seolah-olah tak excited sangat bila dapat baju raya. Tak macam saya kecil dulu bila emak saya buatkan atau belikan baju raya.

Dulu ketika kecil, dapat je baju raya, tak jemu-jemu mencuba depan cermin. Kadang sampai tidurpun tersenyum-senyum peluk baju raya. 

Emak marah-marah lalu simpan baju tu dalam almari, saya pula bila teringat je baju baru tu mesti nak jenguk...nak tinjau...kejap kejap dok mengintai baju tu di dalam almari. Dalam hati tak sabar-sabar nak melaram dengan baju baru di pagi raya.

Anak-anak saya sekarang balik je dari shopping baju raya, langsung buat tak heran. Kalau baju tu duduk dalam beg parkson ke, beg metro ke...duduklah kat situ tak terusik. Memang tak sama.

Agaknya bila kita semakin berusia, segala apa kenangan yang kita lalui semasa kecil, kini menjadi sesuatu yang begitu sentimental di jiwa.

Hari raya bagi saya, begitu indah bila kita dapat memakai pakaian baru dan juga melihat suasana baru dalam rumah.


11

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
2

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 24-6-2016 11:48 PM
Edited by missinpiece at 24-6-2016 11:52 PM

Kenangan paling melekat dihati saya adalah time sekolah rendah. Kasut raya. Merata round bandar Kuantan cari kasut paling cantik . Last2 jumpa kat pasar malam. 1-2 minggu intai. Bila dapat je x jemu2 mengadap. Last2 pagi raya elok je jumpa jiran sekampung pakai pesen yg sama
Quote cap_ayam 25-6-2016 12:23 AM
Dulu masa baru dapat apa2 pakaian baru, tak kisahlah baju raya ke.. Baju sekolah ke.. Kasut ke.. Arwah ayah akan suruh gayakan dan jalan di depan dia.. Kira macam model runway le   tapi masa sekolah rendah aje .. Bila dah menengah takdelah kena buat mcm tu ..

Sekarang ni akak praktikkan kan anak2 lak.. Suruh diorang jalan depan akak sambil gayakan pakaian baru.
Quote merrissa 25-6-2016 03:54 AM
seronok2.....

Quote red_cattleya 25-6-2016 07:12 AM
dulu masa kami adk beradik je cucu yg ada, mmg nenek akan buatkan baju raya secara sukarela..balik kg dah tergantung dlm bilik..tiap2 taun nak kaler hijau..skrg aku tak kisah sgt baju2 neh sbb baju kurung tak raya pun tempah jgk..cuma tiap2 taun sampai skrg kitorang buat biskut raya sama2..
Quote rioster 25-6-2016 07:52 AM
Dlu teruja kasut baru baju baru duit raya..skrg masing nunjuk kereta baru, open house meriah, bini lawa, suami hensem anak pandai.. Time tu la nk bcerita. Zaman bujang jgak raya paling xbest. Byk klua, masyuk tarak.. Ceh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.088230 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top