CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bali Safari & Marine Park, Taman Safari Ala Afrika Selatan

18-7-2016 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5256| Komen: 4

Description: Peminat kehidupan liar dan pencinta alam pasti mempunyai impian..

Oleh : Dean BZ


Peminat hidupan liar dan pencinta alam pasti mempunyai impian untuk berkunjung ke Safari, Afrika Selatan yang terkenal dengan habitat beribu-ribu spesis binatang.

Untuk berkunjung ke benua Afrika pastinya menelan kos yang tinggi dari segi perjalanan, penginapan dan sebagainya. Jadi, untuk permulaan kami sarankan anda supaya berkunjung ke Bali Safari & Marine Park yang terletak di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia kerana disini juga anda berpeluang merasai pengalaman melihat binatang ala safari di Afrika Selatan.

Bali Safari & Marine Park atau dikenali juga dengan nama Taman Safari Indonesia 3 kerana Bali Safari merupakan Taman Safari yang ke-3 di Indonesia. Manakala Taman Safari pertama adalah Taman Safari Cisarua, Bogor dan Taman Safari Indonesia 2 di Prigen, Jawa Timur.


Di taman safari ini, pengunjung dapat merasai keseronokan memberikan makanan kepada bintang liar, menyentuh, dan menonton pertunjukan binatang (animals education and conservation show).

Bintang yang terdapat di Bali Safari and Marine Park adalah dari tiga wilayah (Indonesia, India, dan Afrika), di antaranya adalah burung hantu, beruang madu, harimau Sumatra, rusa tutul, beruang Himalaya, nilgai, black buck, kuda nil, greavy zebra, unta, burung unta, babun, blue wildebeest, singa, buaya dan banyak lagi. Dipercayai lebih dari 400 spesis binatang terdapat di taman safari Bali.

Rancang percutian anda sekarang kerana mungkin hujung tahun ini adalah masa paling sesuai untuk berkunjung ke taman safari ini bersama keluarga. Bagi yang sudah mempunyai anak, destinasi ini sudah pasti dapat dijadikan tempat untuk anak-anak anda mengenali lebih dekat tentang hidupan liar.- CARI












Sumber rujukan - balipedia.id

12

Bagus
17

Marah
16

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-7-2016 11:46 AM
Ala konsepnya sama je macam kat Taman Safari Bogor je
Quote misscendol 19-7-2016 02:35 PM
bestnya. kalau gi honeymoon best
Quote tapirbiru 19-7-2016 03:19 PM
dah pegi..agak mahal..tapi biasa2 je...best lagi zoo singapore to be honest
Quote me12345 19-7-2016 07:51 PM
Belum pergi.....nakk gii

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.178285 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top