CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hos Hlive, Dahlia Syazwan Akhiri Zaman Solo 23 Julai Ini

19-7-2016 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10181| Komen: 0

Description: Pengacara jelita yang popular menerusi rancangan HLIVE, Dahlia atau.. Hos HLIVE, Dahlia Shazwan dengan bakal sua ...

Oleh : Dean BZ
                                 
   
              
Hos HLIVE, Dahlia Shazwan dengan bakal suaminya, Shafiq Ismet.

Pengacara jelita yang popular menerusi rancangan HLIVE, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, bakal menamatkan zaman solo bersama kekasih hatinya Shafiq Ismet, pada 23 Julai ini.


Dahlia memutuskan untuk berkahwin dengan pemuda yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu dalam sebuah majlis yang bakal diadakan di ibu kota.

Pasangan berkenaan seterusnya akan diraikan dalam majlis persandingan,  di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 31 Julai ini, tulis Berita Harian.


HLive juga akan menyiarkan dua episod istimewa kisah perkahwinan Dahlia dan Shafiq menerusi program diberi judul Menuju Halal.

"Kerja kahwin bukan sesuatu yang mudah. Saya sendiri memang berasa gementar menjelang hari berkenaan, tetapi pada masa sama saya mengharapkan penamat yang indah. 

"Apa yang lebih penting ialah fasa selepas saya berkahwin nanti," katanya yang akan menggayakan busana rekaan Hatta Dolmat pada majlis pernikahan, manakala bagi majlis resepsi pula rekaan Ashraf Zainal menjadi pilihannya.


Dahlia yang juga seorang penerbit memulakan dunia pengacaraan selepas menyertai rancangan pencarian bakat On Air musim pertama, kendalian Datuk Aznil Nawawi.  

Walaupun tersingkir lebih awal, dia itu tidak menoleh ke belakang apabila menerima tawaran daripada personaliti televisyen berpengalaman, Suhaimi Sulaiman, yang waktu itu bertugas sebagai Ketua Pengarang Rangkaian Berita, Astro Awani.

Selepas menamatkan latihan, graduan Diploma Komunikasi Am diambil bertugas sebagai wartawan penyiaran dan kemudiannya diletakkan di bawah program infotainment, Gala TV.

Tahniah kami ucapkan buat bakal pasangan pengantin ini, perkara baik sebegini sememangnya harus dicepatkan. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. - CARI




22

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.040330 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top