Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Sebelum Melancong Ke Luar Negara, Teliti 29 Tips Penting Ini

22-7-2016 02:49 PM| Komen: 11

Oleh Izzah Abbasy

Nampak seakan mudah sahaja nak melancong ke luar negara. Tetapi bukan sekadar perlu ada passport tau. Anda perlu teliti dahulu apa yang perlu jika ingin ke negara orang.


Silap hari bulan, daripada gembira nak melancong, anda terpaksa bungkus balik sendirian akibat masalah visa dan sebagainya.

29 tips penting sebelum melancong ke luar negara ini perlu diteliti agar anda dapatlah melancong dengan hati yang senang, tenang dan gembira.


1. Bayar segala bil eletrik, air, telefon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai masa sebelum pergi melancong.

2. Tempah tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat.

3. Jika bercuti di musim sejuk pastikan ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan. Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle.

4. Pakai boot jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji . Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.



5. Bawa adaptor dan plug international. Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati.

6. Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online. Mungkin dah simpan dalam telefon tapi macam-macam boleh berlaku seperti telefon rosak, kena rampas waktu di pintu masuk, bateri habis dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda.

7. Sediakan itinerari (tentatif/program sesuatu perjalanan atau lawatan) sebelum melancong ke luar negara. Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana.

8. Cetak slip tempahan hotel, tiket bas, keretapi, tiket amusement park atau apa saja tiket yang di beli secara online.

9. Tulis nombor telefon kedutaan Malaysia di negara kita bercuti. Penting jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Simpan nombor ini di telfon dan juga buku nota kecil.


10. Jika anda memang memakai cermin mata sila bawa cermin mata walaupun anda rancang memakai kanta pelekap. Cuaca terlampau sejuk boleh menyebabkan mata jadi kering dan kita akan berasa tidak selesa.

11. Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan. Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen. Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat.

12. Bawa bekalan makanan yang mencukupi walaupun anda merancang makan di luar.Tidak semua kedai makanan halal senang didapati di sesebuah negara.

13. Jimatkan ruang bagasi dengan membawa peralatan yang jenis multi purpose. Contohnya bawa sudu plastik seperti yang diberi peniaga makanan di gerai-gerai sebab ringan dan boleh di buang jika tiada air untuk di cuci.

14. Bawa botol air yang boleh di lipat ke mana sahaja. Botol ni sangat berguna untuk membersihkan diri kerana tandas luar negara rata-rata jenis tandas kering.

15. Bawa makanan seperti sambal goreng tahan lama. Ia juga lebih praktikal jika kita akan pergi ke beberapa negara lain atau menetap di beberapa hotel atau penginapan.

16. Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya akan di rampas jika anda membawanya ke dalam hand carry. Belilah yang lebih kecil atau praktikal.

17. Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming. Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bil yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu.

18. Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk sebab ia sangat penting tak kira anda lelaki atau perempuan. Kalau lelaki mungkin nampak macam mengada-ngada sebab kena pakai losyen tapi risiko kulit rasa gatal-gatal, merah-merah dan asyik nak menggaru akan buat kita rasa tak selesa.

19. Perbaharui passport anda di pejabat imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan perbaharui passport pada saat- saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi.

20. Periksa samada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa. Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa lebih ketika ketika memohon.

21. Tukar duit atau matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas. Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah. Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut.

22. Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam sebelum check in.


23. Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai back up. Ada masa salah satu kad tak dapat di gunakan atas masalah teknikal maka kad lagi satu ada sebagai ganti.

24. Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti. Tak susah pun sebab hanya perlu telefon pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara . Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.

25. Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang dijangkakan di laman web ramalan cuaca kerana ia memberikan kita signal berjaga-jaga.


26. Sebelum menempah tiket kapal terbang lihat sama ada negara yang anda lawati itu sedang di dalam tarikh cuti awam, cuti kemerdekaan atau apa-apa event yang mereka ada. Sebagai contoh, jika kita ke Vietnam ketika hari kemerdekaan negara mereka sedangkan waktu itu kita mahu memborong pakaian. Kita rugi kerana kedai yang dibuka sangat kurang sebab peniaga masih bercuti dan jika ada sekalipun kita mungkin terpaksa membayar lebih kerana tidak banyak pilihan yang ada.

27. Semak status perjalanan kita dengan imigresen sebelum ke mana-mana. Kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan cukai seperti cukai pendapatan atau PTPTN semak dulu di laman web imigresen.

28. Ketika di lapangan terbang, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Juga jangan kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali kerana jika ada barang terlarang silap haribulan anda meringkuk dalam penjara.

29. Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara sama ada di tangan atau di dalam akaun. Duit perbelanjaan keluarga dan kad ATM juga harus diperuntukkan jika kita pergi bukan dengan ahli keluarga. Apabila kita tinggalkan keluarga dengan duit yang mencukupi, hati kita rasa senang.

29 tips penting sebelum melancong di atas memang menjadi persediaan sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Ia memudahkan kita memastikan semua perkara penting telah dilakukan supaya percutian berjalan dengan lancar.

Kredit : Kaki Melancong

Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
26
Terkejut
11
Sedih
16
Lawak
19
Bosan
21
0
0
Komen: 11
Komen

Previous : Kenapa Kucing Suka Mendekati Mereka Yang Takut Padanya? Baca Fakta Ini

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote S|_BUTA 26-12-2016 04:57 PM
Itu macam ka

Lain-lain Komen

Quote Missy_la 22-7-2016 05:07 PM
Majoriti tips ni semua common sense
Quote Artemesiaa 22-7-2016 11:12 PM
Tips yang dah lama diamalkan
Quote MekArchana 23-7-2016 05:04 PM
Bagus infonya.
Quote misscendol 24-7-2016 11:42 PM
betol betol betol. next time please keluarkan tips mcm mane nk dpt harga tiket murah
Quote KakManja 26-12-2016 03:43 PM
#tips yg berguna ..
Quote KakManja 26-12-2016 03:43 PM
#tips yg berguna ..
Quote KakManja 26-12-2016 03:43 PM
#tips yg berguna ..
Quote KakManja 26-12-2016 03:43 PM
betulll ... next time please keluarkan tips mcm mane nk dpt tiket murah
Quote KakManja 26-12-2016 03:44 PM
betulll ... next time please keluarkan tips mcm mane nk dpt tiket murah
Quote KakManja 26-12-2016 03:44 PM
betulll ... next time please keluarkan tips mcm mane nk dpt tiket murah
Quote S|_BUTA 26-12-2016 04:57 PM
Itu macam ka

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top