CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Terbakar?

29-7-2016 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9424| Komen: 23|Original author: tupaiterbang

Description: Seramai 18 anggota dari Balai Bomba Shah Alam dikerah ke lokasi
Oleh Izzah Abbasy

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang merupakan masjid Negeri Selangor dikhabarkan terbakar.

Namun, ia disahkan kemudiannya bahawa sebuah bilik kuliah di masjid tersebut terbakar sebentar tadi.

Berikutan kebakaran itu, bilik kuliah berkeluasan 54 meter persegi berkenaan musnah sepenuhnya. Penolong Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan pada jam 2.21 petang tadi.

"Seramai 18 anggota dari Balai Bomba Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian dan kebakaran dikawal pada jam 2.47 petang. "Tiada mangsa berada di tempat kejadian dan siasatan masih dijalankan," katanya.

Pasti ramai yang terkejut dengan khabar berita ini. Alhamdulillah tiada korban jiwa dilaporkan dan harapnya bilik kuliah tersebut dapat dipulihkan segera.

Berikut gambar yang dikongsikan oleh netizen.









11

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
17

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iwan007 29-7-2016 03:56 PM
fogging ke kebakaran  tu?
Quote noell 29-7-2016 04:00 PM
awat?? tadi tok khatib baca khutbah kena ketik nyamok aedes ka??

ka tajuk khutbah hari neh cerita kebaikan fogging utk kesihatan??
Quote Syd 29-7-2016 04:02 PM

Masjid Shah Alam terbakar

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
JENIS INSIDEN: KEBAKARAN BILIK KULIAH
TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN: 29.07.2016 (1421)
JENTERA PERTAMA TIBA:1428
ALAMAT: MASJID SULTAN SALAHUDIN ABD AZIZ SHAH, SHAH ALAM
BALAI TERLIBAT: BBP SHAH ALAM
JUMLAH ANGGOTA: PBKII-2, PB-16
KOMANDER OPERASI: PBKII
LAPORAN AWAL KEJADIAN: MELIBATKAN SEBUAH BILIK KULIAH DI TINGKAT BAWAH MASJID BERKELUASAN 6X9 METER MUSNAH 100%. KEBAKARAN TELAH BERJAYA DIKAWAL PD JAM 1447. TIADA MANGSA TERLIBAT.
MANGSA:TIADA
SEKIAN,TERIMA KASIH.
[29 July 2016]
Quote zackje 29-7-2016 04:06 PM
nampak macam tertutup kabut dari dunia ghoib sis
Quote robocopot 29-7-2016 04:06 PM
Syd replied at 29-7-2016 04:02 PM
Masjid Shah Alam terbakar

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

lepas solat jumaat ya.... tapi masjid tu mmg tgh ada keje2 renovate kan...
Quote Syd 29-7-2016 04:07 PM
Edited by Syd at 29-7-2016 04:13 PM

gambar-gambar












Quote pooh~key 29-7-2016 04:07 PM
Alam dah nak kiamat kot sister?
Quote kukulangau 29-7-2016 04:08 PM
ada ummah merokok kat bilik kuliah ke?
Quote Syd 29-7-2016 04:13 PM
robocopot replied at 29-7-2016 04:06 PM
lepas solat jumaat ya.... tapi masjid tu mmg tgh ada keje2 renovate kan...

aah
lepas solat.
Quote Syd 29-7-2016 04:17 PM
TT,

letak artikel neh kat #1


Bilik kuliah masjid negeri musnah dalam kebakaran



29/07/2016 3:55pm

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
SHAH ALAM - Sebuah bilik kuliah yang berada di tingkat bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini musnah dalam satu kebakaran sebentar tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 2.21 petang sebaik selesai solat Jumaat.

"Seramai dua pegawai dan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian. Kebakaran ini tidak melibatkan mangsa namun bilik kuliah tersebut hangus 100 peratus,"katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Sani berkata, punca dan nilai kerugian masih lagi dalam siasatan. - K! ONLINE

Quote famri7 29-7-2016 04:19 PM
pooh~key replied at 29-7-2016 08:07 AM
Alam dah nak kiamat kot sister?

Masjid biasanya invulnerable sis..even tsunami pon xlut..gemba nepal dulu pon xruntuh..ujung2 mesjid di ibu pertiwi tebakar bak kertas...adakah ittew bermakna mesjid di tanah air tidak dicuxuri rahmat elohim??
Quote zamzam 29-7-2016 04:21 PM
Alhamdulillah takder yang cedera.
Quote pooh~key 29-7-2016 04:26 PM
famri7 replied at 29-7-2016 04:19 PM
Masjid biasanya invulnerable sis..even tsunami pon xlut..gemba nepal dulu pon xruntuh..ujung2 mesj ...

Mungkin kerana allah tak meredhoi nama mesjid tersebut dinamakan sebegitu rupa?  
Quote awaynepian 29-7-2016 05:49 PM
Syd replied at 29-7-2016 04:02 PM
Masjid Shah Alam terbakar

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Abam syd polis ya...slalu post report...hehehe
Quote Syd 29-7-2016 05:49 PM
awaynepian replied at 29-7-2016 05:49 PM
Abam syd polis ya...slalu post report...hehehe



hanat kan hencap ai ols cam tu?


Quote kechikchomel 29-7-2016 07:08 PM
nasib baik la lepas sembahyang jumaat
kalau jadi masa tgh sembahyang jumaat ke, tgh khutbah ke...macam mana la ye?
Quote Peterpan17 29-7-2016 07:23 PM
kechikchomel replied at 29-7-2016 07:08 PM
nasib baik la lepas sembahyang jumaat
kalau jadi masa tgh sembahyang jumaat ke, tgh khutbah ke...ma ...

Haruslah lari tak cukup kaki
Quote famri7 29-7-2016 07:40 PM
Xda stampede ke sis?
Quote kechikchomel 29-7-2016 08:09 PM
Peterpan17 replied at 29-7-2016 07:23 PM
Haruslah lari tak cukup kaki

  

tak pasal2 kena sembahyang balik

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064300 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top