CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Skinhead Sabah Bantu Gelandangan "Buka Mata" Orang Ramai

1-8-2016 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11030| Komen: 7

Description: Bila sebut saja skinhead, pasti kebanyakan akan beranggapan remaja..

Oleh : Dean BZ


Bila sebut saja skinhead, kebanyakan akan beranggapan remaja yang mengikut "budaya skinhead" adalah kutu rayau yang tiada masa depan. 

Untuk pengetahuan, Skinhead adalah sub-budaya yang wujud di London pada akhir tahun 1960-an dan mula tersebar ke seluruh dunia. Nama Skinhead merujuk kepada pengikut budaya ini yang rambutnya dicukur botak. Skinhead juga merujuk kepada kepada kelompok remaja/sesiapa sahaja yang merupakan peminat muzik Oi!/streetpunk dan juga punk. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai skinhead, boleh lah tengok filem Romper Stromper, American History X, This Is England dan banyak lagi.

Jika kita baca kisah atau tonton filem-filem skinhead, apa yang kita akan tahu pengikut skinhead tidak dapat lari dari penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, seks bebas dan kaki gaduh. Namun tanggapan itu perlu dibuang kerana tidak semua pengikut skinhead seperti itu, terutamanya skinhead Malaysia yang kebanyakkannya hanya mengikut fahaman, cara "dress up" dan layan muzik sahaja. Apa pun, jom baca kisah yang dipetik dari perkongsian Facebook Ustaz Abdullah Khairi ini.



'Skinhead', jangan menilai dari luaran.

Alhamdulilllah! Sekiranya baru-baru ini kami memuatnaik foto remaja "punk" menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di Singapura,

Kali ini muncul pula sekumpulan remaja "skinhead" dari Sandakan, Sabah turun pada keheningan malam memberi bantuan makanan dan barangan keperluan kepada gelandangan-gelandangan di sekitar Daerah Sandakan.

Sifat prihatin anak muda seperti inilah yang kita perlukan, demi membangunkan negara bangsa yang masyarakatnya berakhlak mulia dan terpuji.


Kisah pengikut skinhead yang membantu gelandangan ini telah membuka mata orang ramai agar tidak hanya melihat orang dalam kesusahan. Selain itu, kisah ini juga wajar dijadikan tauladan dan pengajaran buat kita semua agar tidak menilai orang dari cara berpakaian dan luaran sahaja.  - CARI




11

Bagus
9

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 1-8-2016 12:17 PM
Usaha mulia suka membantu orang harus diberi pujian tampa perlu menghakimi cara pemakaiannya dan penampilannya
Quote Andyscenes 1-8-2016 01:55 PM
pic atas skali tu citer romper stomper.. bunuh member baik sbb perempuan haha.
Quote Mary_jane 1-8-2016 03:08 PM
Mulia nya hati anak2 muda ni. Moga menjadi teladan untuk yang lain.

Quote -electrifying- 1-8-2016 05:41 PM

Nice2 fav ni
Quote RamboMandul 1-8-2016 11:23 PM
Teringat zaman remaja Rambo dulu . Gaduh dengan budak Punk kat KLCC . Merasa jugaklah pakai bangle polis . . Masa dah berlalu , KLCC pun budak Raver dah ambik alih . Yall tul .

Siga saga . Oi ! Oi ! Oi !
Quote applemy 2-8-2016 11:15 AM
RamboMandul replied at 1-8-2016 11:23 PM
Teringat zaman remaja Rambo dulu . Gaduh dengan budak Punk kat KLCC . Merasa jugaklah pakai bangle p ...

Haa.. ni mesti zaman 2000an kan.. masa tu ai sibuk beratur nak tgk return of the king.. budak2 punk ni ramai2 naik escalator berleather je smua.. ai budak hiphop masa tu.. nasib tak kena kacau sebab adik budak punk.. good times bebeh
Quote RamboMandul 2-8-2016 02:59 PM
applemy replied at 2-8-2016 11:15 AM
Haa.. ni mesti zaman 2000an kan.. masa tu ai sibuk beratur nak tgk return of the king.. budak2 pun ...

Kenangan kan . I miss my teenage years ...  

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.077639 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top