CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Trend Sambung Bulu Mata Tanpa Pakai Yang Palsu Tampak Menawan!

4-8-2016 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6575| Komen: 7

Description: Hanya menggunakan teknik penyambungan bulu mata, mata anda tampak lebih ranggi
Oleh Izzah Abbasy

Memakai bulu mata palsu pasti mengambil masa yang lama sehinggakan adakalanya mudah tercabut.

Bagaimana ingin dapatkan bulu mata yang kelihatan asli tanpa menggunakan bulu mata palsu dan sebarang pembedahan?

Hanya menggunakan teknik penyambungan bulu mata, mata anda tampak lebih ranggi dengan lentikan bulu mata menawan.

 
Penjagaan

Penjagaan bulu mata selepas membuat teknik penyambungan adalah mudah. Bebas untuk menggunakan pembayang mata dalam warna kegemaran.

Bagi menanggalkannya, hanya perlu gunakan penanggal solekan berasaskan gel atau air supaya bulu mata yang disambung mampu bertahan lebih lama.

Mengikut catatan sejarah menunjukkan laporan yang dibuat pada tahun 1882 oleh Henry Labouchère dalam jurnalnya yang bertajuk Henry Labouchère of Truth bahawa masyarakat Parsi dahulukala telah mula mengaplikasikan kaedah penyambungan bulu mata dengan cara menjahit bahagian rambut pada kelopak mata.

Kemudian, pada tahun 1911, bulu mata palsu pertama telah dipatenkan di Amerika Syarikat oleh wanita Kanada bernama Anna Taylor.

Praktikal


Bulu mata tersebut diperbuat daripada bahan sintetik. Ia terdapat dalam pelbagai lengkungan, ketebalan, panjang dan jenis berbeza sama ada untuk penggayaan semula jadi, glamor atau dramatik.

Antara ‘pantang’ yang harus dipatuhi supaya ia tahan lebih lama ialah tidak boleh menyelam terlalu lama, menggunakan maskara, penanggal solekan berasaskan minyak serta air yang terlalu panas.

Salun The Hair Tric & Lashility menawarkan tiga pilihan penyambungan bulu mata iaitu Pandora 3D, Aurora 6D dan Novaria 9D. Bagi mereka yang inginkan kesan semula jadi seolah-olah tidak memakai mekap bolehlah mencuba Pandora 3D yang diinspirasikan daripada teknik solekan mata wanita Korea Selatan.

Sementara itu, Aurora 6D pula diilhamkan daripada teknik solekan mata anak patung Barbie wanita Jepun yang bulat dan galak.


Tidak terkecuali pilihan Novaria 9D terjemahan efek bulu mata galak wanita Rusia. Hasilnya, mata bukan sahaja lebih galak, hitam dan memukau, malah, bulu mata juga terlihat lebih lebat dan panjang. Teknik ini selalunya diaplikasikan oleh bakal pengantin atau mereka yang inginkan kesan lebih dramatik.

Anda boleh memilih panjang bulu mata dan lengkungan yang diingini. Setiap satunya pula memiliki ketebalan 0.15 milimeter.



Mudah kan? Boleh cuba untuk memiliki bulu mata yang menawan tanpa memakai bulu mata palsu. - CARI Infonet

Sumber : Kosmo Online

24

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 4-8-2016 12:59 PM
bukan nk ckp diri ni alim tapi kalau org yg solat maunye kena tanggal bende alah ni
Quote FeRRaLie 4-8-2016 01:20 PM
kat mana nak buat ni ya?
Quote mizkajura 4-8-2016 02:01 PM
yg muslim sebaiknya tidak guna kaedah ini sbb bulu mata palsu ni guna gam. klu nak solat air wudhukan perlu kena semua bulu yg ada di muka.

klu nak jugak pakai je la yg biasa tu. nak solat boleh tanggal. lepas solat tenyeh je gam semula n tampal la balik kat mata nun
Quote misswa 4-8-2016 02:05 PM
tak boleh buat ni kann ?
sah ke solatnya
heee takpele pakai mascara nak solat remove leeeee
Quote lyza2474 4-8-2016 02:48 PM
tak payah lah.. dulu boss n  member ofis   dah buat.. mula2 mmg cantik lepas 2 minggu kelakar gila tgk mata dia.. sbb bulu2 tu jadi tak sekata....
Quote salwani911 4-8-2016 05:10 PM
harommm sis
sbb spot yg kena gam tu xkena wuduk konsepnya
Quote adeladelina 6-8-2016 12:12 AM
Lg 1trick,mula2 sapu mascara,then sapu loose powder,then sapu mascara blik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058823 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top