CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Onn Kembali Bersiaran Di Sinar FM?

5-8-2016 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19530| Komen: 114

Description: Linda telah mengesahkan melalui akaun Instagram miliknya
oleh Adib Za

Nama Linda Onn memang begitu sinonim dalam dunia penyiaran radio. Namun, selepas dia mengambil keputusan meninggalkan Suria FM baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya hala tuju penyampai radio itu selepas ini.


Namun, Linda telah mengesahkan melalui akaun Instagram miliknya, kini dia bakal bersiaran dan mengendalikan semula program di stesen radio lamanya, iaitu Sinar Fm. 






"Disini segalanya bermula.. Tahun 1998, ayah dan ibu teman Linda untuk audition radio Era yang masih baru. 11 tahun kemudian beralih ke Sinar fm, lepas tu keluar "rumah" kejap dan kini setelah 6 tahun, Linda kembali di tempat membesarnya nama Linda Onn," tulisnya melalui kapsyen di Instagram.


Para peminat Linda nampaknya merupakan orang yang paling gembira. Mereka mengalu-alukan kemunculan Linda sebagai peneman di corong radio mereka. 'Welcome back' Linda! - CARI 




21

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuchenta_81 5-8-2016 10:05 AM
Yeayy
ok sangat dia ni, suara sedap lemak-lemak
yang penting dia pandai handle on air
tak terpekik terjerit2

ok dengar sinar, bye hot fm
Quote toxicated 5-8-2016 10:15 AM
yay justice for abang lori!!!
Quote toxicated 5-8-2016 10:15 AM
LO down masa dia kendalikan session yg ada rap2 konon tu..ke mashup ke ape. tak best time tu. lain2 dia antara yg best.
Quote zaraaqilah 5-8-2016 10:17 AM
Welcome back  LO.....
Quote phalanx 5-8-2016 10:19 AM
toxicated replied at 5-8-2016 10:15 AM
LO down masa dia kendalikan session yg ada rap2 konon tu..ke mashup ke ape. tak best time tu. lain2  ...

Urban di era bersama linda
Quote Cuppy 5-8-2016 10:20 AM
Yeay!!!!
Quote sipendiam 5-8-2016 10:22 AM


I'm back! Cuba teka radio apa? Dengar ok! Sabtu 8 pagi - 12tghari (ulangan Ahad 8 mlm - 12 mlm). #radioHost #radio #announcer #LOatWork #penyampaiRadio #positiveEnvironment #better #happy #onair


Kredit ig @lindaonn7; banyak lagi pics dan LO ada bagi hints sebelum ni rupanya.. welcome back LO.. ingatkan masuk Kool.FM
Quote sipendiam 5-8-2016 10:22 AM
#positiveenvironment



suria dia tak sebut pun kan kat gambar yang cafe astro tu
Quote pusak_lanji 5-8-2016 10:24 AM
ok la ada linda onn...dah naik bernanah telinga aku dengar salleh yaakob jd dj...asyik nak menyampuk bila org bcakap...huhhhh....merapu xtentu pasal...
Quote sipendiam 5-8-2016 10:27 AM
pusak_lanji replied at 5-8-2016 10:24 AM
ok la ada linda onn...dah naik bernanah telinga aku dengar salleh yaakob jd dj...asyik nak menyampuk ...

aku pernah call suria time LO belanja lagu.. mintak lagu bahu ke bahu..gelak je dia..ahaha
Quote scrocth 5-8-2016 10:38 AM
Stkt ni dia handle carta sinar je kan? Ttp nak sheols handle slot ptg isnin-jumaat. Tp nnt nk letak Cik Piah ngn Abg Jem celah mana plak?
Quote watachiwa 5-8-2016 10:40 AM

suria bawah astro gak ke? bukan rasernya..
tu kan kafe kat astro
Quote Lavender_Violet 5-8-2016 10:40 AM
Sudah lah ko LO
Dedulu masa kat Sinar tetiba gi Suria kenmain statement ko
Ckp genre Sinar & lagu2 Sinar tak sesuai dgn jiwa dia
Konon retro sangat lah, sheols acah muda time tu
Ha sekrg ko balik ke sana balik
Sinar je yg kesian kutip ko
Last2 jilat ludah sendiri balik
Quote kucen_miang 5-8-2016 10:47 AM
Edited by kucen_miang at 5-8-2016 11:04 AM
pusak_lanji replied at 5-8-2016 10:24 AM
ok la ada linda onn...dah naik bernanah telinga aku dengar salleh yaakob jd dj...asyik nak menyampuk ...

suwitttttt   







Quote mixed 5-8-2016 10:52 AM
yeahh best

tp klu bole nak tiap hari masa petang balik keja
bole release tension layan coleteh LO
Quote Lavender_Violet 5-8-2016 10:53 AM
Edited by Lavender_Violet at 5-8-2016 10:55 AM

Ni aku paste extract dari kenyataan LO satu ketika dulu masa mula2 join Suria FM


"Bekerja di Suria FM merupakan suatu cabaran besar buat saya kerana selama ini saya sudah agak lama bekerja di stesen-stesen radio yang 'besar' seperti Era dan Sinar FM. Lagi pun, saya sudah agak lama dengan AMP (syarikat yang mengendalikan Era dan Sinar FM).

"Saya anggap ini sebagai 'angin perubahan' dalam kerjaya saya. Sudah sampailah pula masanya untuk saya sayangkan diri saya pula," katanya ketika ditemui Hits selepas majlis pengumuman senarai penyampai Suria FM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Linda, dia tidak menafikan berasa berat untuk meninggalkan rakan-rakannya di Sinar FM yang dianggapnya seperti keluarganya tetapi terpaksa demi kerjayanya.

Sambil tidak menafikan, Sinar FM kurang memberi kepuasan kepada dirinya menyebabkan dia mengambil keputusan nekad meninggalkan stesen radio itu selepas kontraknya tamat pada November tahun lalu.

"Saya anggap orang-orang di sana (Sinar FM) sebagai keluarga saya sendiri tetapi keputusan untuk diri saya juga harus dibuat. Saya ambil masa hampir sebulan sebelum mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak di Sinar FM.

Rasa ketinggalan
"Saya sebenarnya pernah rasa 'down' (kecewa) masa mula-mula ditukarkan dari Era ke Sinar FM. Namun, selepas beberapa bulan saya mula rasa ketinggalan dengan muzik-muzik baru kerana Sinar FM lebih banyak menyiarkan lagu-lagu retro.

"Sebab itu, apabila kontrak saya dengan Sinar FM tamat dan Yusry Abu Samah (Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM) menawarkan kerja sebagai penyampai baru di Suria FM saya anggap ia suatu peluang keemasan," ujarnya berterus terang.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz4GQH3jjQC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote biskutsusu 5-8-2016 10:58 AM
Lavender_Violet replied at 5-8-2016 10:40 AM
Sudah lah ko LO
Dedulu masa kat Sinar tetiba gi Suria kenmain statement ko
Ckp genre Sinar & lagu2 ...

sekarang umur dia dah naik
memang sesuai lah dia dengan sinar

seronok i dengar suara dia kat radio tadi tau

abang2 lori mesti lagi seronok
hahahhahahaahhahaha
Quote kucen_miang 5-8-2016 11:05 AM
Lavender_Violet replied at 5-8-2016 10:53 AM
Ni aku paste extract dari kenyataan LO satu ketika dulu masa mula2 join Suria FM

Rasa ketinggalan
"Saya sebenarnya pernah rasa 'down' (kecewa) masa mula-mula ditukarkan dari Era ke Sinar FM. Namun, selepas beberapa bulan saya mula rasa ketinggalan dengan muzik-muzik baru kerana Sinar FM lebih banyak menyiarkan lagu-lagu retro.




sekarang dah sesuai la ngan retro suka dia dari fara yg bingit tu

Quote scrocth 5-8-2016 11:07 AM
Lavender_Violet replied at 5-8-2016 10:40 AM
Sudah lah ko LO
Dedulu masa kat Sinar tetiba gi Suria kenmain statement ko
Ckp genre Sinar & lagu2 ...

Skrg Sinar dah rebrand. Bkn lagi muzik retro terbaik tp menyinari hidupmu dan mula main lagu2 mainstream campur2 dgn lagu lama. Tp mmg aiol pn xstuju Linda keluar dari Sinar dulu sbb masa tu Sinar sgt strong line up, dr trio sinar pagi smp ke Cetusan hati dan dedikasi, dengan iklan yang xbyk cuma pesanan komuniti yg lite2 jer, mmg sepanjang hari dan malam radio kt rumah psg sinar je time tu. Xpelah yg lepas tu nk wat mcm mana kn?

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top