CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7261 masjid terima air zam-zam, kurma sumbangan PM

27-7-2013 08:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3296| Komen: 10

Description: KEPALA BATAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menyalurkan sumbangan buah kurma dan air Zamzam, sempena Ramadan kepada 7,261 masjid, di seluruh negar ...
KEPALA BATAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menyalurkan sumbangan buah kurma dan air Zamzam, sempena Ramadan kepada 7,261 masjid, di seluruh negara.

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata sehingga semalam KPIM telah menyalurkan bantuan di lapan negeri, termasuk 215 masjid di Pulau Pinang.

"Bantuan berupa 10 kilogram kurma dan 20 liter air Zamzam untuk masjid di seluruh negara adalah bagi memeriahkan Ramadan. Selain itu, kain pelikat dan jubah turut diberikan kepada setiap anggota jawatankuasa masjid," katanya kepada  pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu kepada imam masjid seluruh Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Abdul Azeez berkata penyampaian sumbangan akan diteruskan ke enam negeri lagi dan yakin pengagihan sumbangan itu, dapat diselesaikan minggu depan.

Terdahulu Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling bersama anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reeezal Merican Naina Merican menyertai Majlis Nuzul al-Quran anjuran Umno Kepala Batas di Masjid Jamiul Badawi, di sini.

Beliau berkata sumbangan tersebut membuktikan sikap prihatin Perdana Menteri kepada rakyat terutama umat Islam, ketika Ramadan.

"Walaupun ada negeri yang ditadbir kerajaan pembangkang, namun kebajikan rakyat negeri itu tidak pernah sama sekali diabaikan kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN), terutama sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan nini," katanya.

Sementara itu, Reezal Merican yang turut sama menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, berharap bantuan itu dapat membantu golongan berkenaan membuat persedian menyambut Aidilfitri.

Katanya walaupun bantuan itu tidak besar, namun beliau percaya ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.  - Bernama


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
12

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 26-7-2013 03:53 PM
tima kaci PM
Quote Babai 26-7-2013 03:54 PM
Sumbangan PM?

Duit saper yang dipakai untuk beli benda2 tu semua?
Quote pakwetizzaqyah 26-7-2013 04:17 PM
dah dibaca 30 juzuk Quran dah...kalau dah baca boleh la sucikan hati bersihkan minda dan ubatkan penyakit si peminum
Quote pyropura 26-7-2013 04:27 PM

Terdahulu Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling bersama anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reeezal Merican Naina Merican menyertai Majlis Nuzul al-Quran anjuran Umno Kepala Batas



..anjuran Umeno, tapi pasai apa ada ummah "Eeeeee" ajah....?? mana mulayu nya..??  




Quote susano 26-7-2013 04:44 PM
duit PM ka duit krajaan Malaysia tercinta?
Quote dino 26-7-2013 04:45 PM
pyropura posted on 26-7-2013 04:27 PM
..anjuran Umeno, tapi pasai apa ada ummah "Eeeeee" ajah....?? mana mulayu nya..??   {:1_563: ...

cokelat celop neh....
Quote mak_wa95 26-7-2013 04:47 PM
Babai posted on 26-7-2013 03:54 PM
Sumbangan PM?

Duit saper yang dipakai untuk beli benda2 tu semua?

duit ahkak pink yang menabung sejak kecil...jangan main2..
Quote hzln 26-7-2013 04:47 PM
banyak juga reta peninggalan tun razak ehhhhhhh? (mode husnuzon sempena ramadhonnnn)
Quote munchkin 28-7-2013 08:52 PM
syukurlah...
Quote BotakChinPeng 28-7-2013 09:17 PM
Baguih la.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051615 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top