CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Sebab Kenapa Tak Boleh Kongsi Alat Mekap

15-8-2016 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4431| Komen: 3

Description: Kalau dah namanya wanita, bab kongsi mekap, baju pasti menjadi kebiasaan
Oleh Izzah Abbasy

Kalau dah namanya wanita, bab-bab kongsi mekap, baju pasti menjadi kebiasaan. Lagi-lagi jika bersama adik-beradik dan teman rapat.

 

Tapi, anda perlu hati-hati. Bukan semua yang kita kongsi elok sebab barang solekan atau mekap yang dikongsi dengan orang lain boleh mendatangkan jangkitan yang membahayakan seperti HIV!

Tapi, bagaimana pula dengan jurumekap yang menggunakan alat mekap kepada ramai orang? Ha, anda perlu ambil perhatian bab itu ya. Terdapat kes wajah menjadi teruk dengan berjerawat dan rosak selepas mengenakan mekap ketika hari persandingan. Anda perlu cek dahulu sebelum menggunakan khidmat mak andam ini. 


Inilah sebab kenapa tak boleh kongsi 6 peralatan wanita ini seperti tertera di bawah. 


1) Berus Solekan

Kes parah: Jangkitan kulit


Kenapa? Bakteria suka sembunyikan diri dalam berus solekan. Jika meminjam berus orang, anda sekaligus menempel kuman mereka pada kulit anda dan kemudian merosakkan wajah anda dengan jangkitan kulit.

2) Solekan Mata

Kes parah: Jangkitan mata


Mata adalah bahagian yang paling sensitif terutamanya membran mata yang basah mudah dijangkiti bakteria. Kenapa? Ia tidak sama macam kulit yang ada perlindungan dan menjadikan jangkitan mata merah.

3) Pisau Cukur

Kes parah: Virus bawaan darah (seperti HIV)


Setiap bahagian yang terluka terdedah kepada jangkitan yang bahaya terutama darah. Pisau cukur boleh terkena darah atau cecair yang meninggalkan bakteria pada matanya walaupun setelah dibilas. Bila terluka atau terguris, anda boleh terdedah kepada jangkitan staph, hepatitis dan HIV (walaupun kebarangkaliannya tipis).

4) Apa-apa produk yang dalam botol atau bekas

Kes parah: Jangkitan kulit


Jari kita tak semestinya bersih setiap masa daripada bakteria walaupun sudah membasuh tangan. Nak pula celup jari ke dalam krim yang dikongsi, habislah kulit! Bakteria berenang-renanglah pada bekas solekan anda itu. Cuba guna produk sendiri dan pastikan jari bersih sebelum mencelupnya.

5) Sabun cuci wajah

Kes parah: Jangkitan kulit


Sabun cuci muka jenis buku adalah paling bahaya jika dikongsi. Walaupun namanya sabun dan ia bersih tetapi jika anda berkongsi pakai ia akan mengakibatkan ternakan bakteria. Itulah sebab ramai wanita mempunyai kulit sensitif.



6) Gincu/Glos

Kes parah: Bibir pedih dan rengsa


Kenapa? Mulut (yang juga ‘bonanza bakteria’) tidak mempunyai lapisan epidermis paling luar seperti kulit, ia diperjelaskan lagi oleh Julie Karen MD, Pakar Kulit. Ini menjadikannya mudah terkena jangkitan seperti virus herpes simplex jenis 1 iaitu bibir pecah-pecah. menggelupas.

Jadi, anda perlu berhati-hati jika nak kongsi barang solekan.

9

Bagus
18

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nut.legacy 16-8-2016 10:03 AM
utk org yg kulit sangat sensitive mmg akan kene,.. make up artist kene rajin cuci tools la
Quote cikcikebom 18-8-2016 01:46 PM
thanks for info
Quote purpledesire 20-8-2016 11:15 AM
Tak pakai mekap..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.186187 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top