CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Holding Melancarkan Generasi Ke-2 Proton Persona 2016

23-8-2016 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13070| Komen: 62

Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.newpersona.proton.com/



Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona serba baharu ini adalah generasi ke-2 Persona. Proton Persona serba baharu ini dikuasakan dengan enjin VVT 1.6L dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 5.6L/100km.

Proton Persona yang baru saja dilancarkan siang tadi tampil dengan reka bentuk berintegrasi dinamik dan anggun sekali gus menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan serta mengutamakan ciri-ciri keselamatan.  

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi CEO Proton Datuk Fuaad Kenali di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.


Ianya ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard (MT dan AT), Executive dan Premium (dengan atau tanpa bodykit).

Senarai harga untuk setiap varian adalah seperti berikut :

    1.6 Standard 5MT –  RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
    1.6 Standard CVT –  RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
    1.6 Executive CVT–  RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
    1.6 Premium CVT –  RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic)

Persona baharu ini mungkin kelihatan kecil, tetapi but belakang sedan ini mencatatkan kapasiti 510 liter, berbanding generasi sebelum ini yang hanya mempunyai but berkapasiti 470 liter. 

Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan nisbah 60:40 bagi memberikan ruang yang lebih untuk mengangkat barang.

Untuk sistem keselamatan, kesemua varian Persona dilengkapi dengan sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HHA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

Varian Standard dan Executive dilengkapi dengan dua beg udara manakala varian Premium menerima enam beg udara. 

Dengan kesemua ciri ini, kesemua varian Proton Persona 2016 menerima penarafan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) lima bintang.- CARI




sumber foto: http://www.newpersona.proton.com/

sumber foto:http://www.newpersona.proton.com/

sumber foto: http://www.newpersona.proton.com/

12

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 23-8-2016 05:24 PM
kalau dah kereta  pprt, modify dan upgrade mcm mana pun tetap kereta tahap pprt sis
Quote Loxlaxman 23-8-2016 05:42 PM
Not bad....not bad..
Quote cahaya_almas 23-8-2016 06:41 PM
Cantik gak
Quote pearl.silver 23-8-2016 06:41 PM
Eh bontot dia....mcm ford sikit..
Quote barfi 23-8-2016 06:57 PM
Nampak better than bezza
Quote Themilo 23-8-2016 07:43 PM
Akak dah gi showroom tadi, & surprisingly boot persona ni besar gila dekkk.. Kalo nak buat projek seludup lembu time aidiladha ni, memang boleh sangat
Kabin pun luas. Rear passenger seat pun selesa, tak macam Bezza yang tegak & kejung.
Sekian laporan akak, sebagai mewakili almarhum Peyno
Quote cmf_premierleag 23-8-2016 08:14 PM
Themilo replied at 23-8-2016 07:43 PM
Akak dah gi showroom tadi, & surprisingly boot persona ni besar gila dekkk.. Kalo nak buat projek se ...

Semoga arwah peyno ditempatkan dikalangan org2 beriman
Al Fatihah
Quote kelapaparut 23-8-2016 08:20 PM
Sorry to say, iols tgk wheel dia yg kecik mcm proton saga blm, mmg iols turn off
Burukla buat tayar kecik xproportionate dgn body
Quote bangcak 23-8-2016 08:38 PM
barfi replied at 23-8-2016 06:57 PM
Nampak better than bezza

hamboihh, persona nak dibanding ngan bezza
proton patut ambik body honda yg lain utk next juara.



...cadangan



Quote kivio 23-8-2016 11:43 PM
kelapaparut replied at 23-8-2016 08:20 PM
Sorry to say, iols tgk wheel dia yg kecik mcm proton saga blm, mmg iols turn off
Burukla buat tay ...

haa betul betul!!
i baru nak luah tadi..
buruk neraka lah tayar haluih tu..
hodoh nak mampos..
Quote gigahertz 24-8-2016 12:36 AM
pearl.silver replied at 23-8-2016 10:41 AM
Eh bontot dia....mcm ford sikit..

macam almeera
Quote apex 24-8-2016 04:59 AM
cmf_premierleag replied at 23-8-2016 08:14 PM
Semoga arwah peyno ditempatkan dikalangan org2 beriman
Al Fatihah

Innalillah...
harap2 arwah sempat mintak maap..
semoga arwah tenang di sana..

Quote edee_91 24-8-2016 05:03 AM
peyno memang dah mati ke wehhh???
Quote edee_91 24-8-2016 05:03 AM
harga set standard 47 ribu je weh... macam murah dan sangat berbaloi sis.
Quote edee_91 24-8-2016 05:08 AM
namun iklannya tahap pprt sangat.
[youtube]IKqTU3r-sYI[/youtube]

Quote cecari 24-8-2016 05:34 AM
kivio replied at 23-8-2016 11:43 PM
haa betul betul!!
i baru nak luah tadi..
buruk neraka lah tayar haluih tu..

lu lah bodoh bangang bahlul nak mampus... rim tu dah 15 inch... tapi oleh kerana bodinya agak gemuk... tu sbb nampak kecil... sbb apa tak bagi rim dan tayar besar? sbb nak jimatkan petrol dan murah maintenance.....  lepas ni org yg nak beli tak puas hati boleh saja aupgrade ke 17 inchi pun... tapi jangan bising pasal minyak makan kuat. lu bahlul nak mampus. lu layak pakai keter sorong je

Quote finesse 24-8-2016 06:24 AM
Ummah mulayu tetap akan x suka proton... nasib baik peyno xde.. xde la dilahar tahap dewa.. komen  x blh blaahh..
Quote Zep 24-8-2016 07:19 AM
Ummah melayu tetap akan beli produk berasaskan ketuanan dugong. mana pandang proton walau gaji 1.5k jah.
Quote Zep 24-8-2016 07:47 AM
Semalam aku dah pegi showroom. tak test drive lg. tp dah raba2 interior dlm. bagi aku persona ni polish version of iriz. yang aku tak puas hati : legroom blkg tak luas sgt compare dengan persona lama. pastu, glove box depan masih sluggish (senget, tak rapat). dari segi body proportion ok jah bila tengok live. takde pulak nampak tayar kecik tercongek. weekend ni nak test drive. baca review enjin dengan cabin senyap sikit dari iriz. harap2 ok lah senah.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.142780 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top