CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Pakai Plat Ketupat Edisi Aidilfitri Akan Disaman !

30-7-2013 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17879| Komen: 104

Description: Kuala Lumpur, 30 Julai : Satu Kumpulan Kini Dikesan Bergiat Aktif Menjual Nombor Plat Khas Sempena Sambutan Aidilfitri Tidak Lama Lagi Melalui Laman Sembang Sosial Sejak Awal Bulan Ini.



KUALA LUMPUR
, 30 Julai : Satu kumpulan kini dikesan bergiat aktif menjual nombor plat khas sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi melalui laman sembang sosial sejak awal bulan ini.

Malangnya, nombor plat itu yang mempunyai tulisan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan simbol ketupat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pengguna nombor plat berkenaan boleh dikenakan tindakan kompaun maksimum RM300.

Difahamkan, kumpulan yang menggelar diri Geng Superman Highway itu menyediakan nombor plat khas berkenaan sempena hari raya dan ia dijual untuk semua penunggang motosikal.

Berdasarkan maklumat dalam laman sembang sosial kumpulan itu, pembeli perlu menempah nombor plat kenderaan mereka pada harga RM25 dan mengambil masa seminggu untuk siap.

Malah sehingga kini, 14,000 nombor plat ditempah pengguna motosikal.

Pembeli nombor plat dikenali sebagai Firdaus, 22, berkata, dia mendapat tahu mengenainya melalui rakan.

“Ia dijual pada harga RM25 sepasang dan kos penghantaran RM5 untuk semua penghantaran dalam negara.

“Saya tahu nombor plat berkenaan tidak mengikut spesifikasi namun disebabkan ia menjadi trend, saya turut membelinya,” katanya. kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia bersama rakan lain berpakat memasangnya pada hari raya pertama sebelum berkonvoi beramai-ramai.

Mengulas lanjut, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, nombor plat berkenaan tidak dibenarkan penggunaannya di Malaysia kerana tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Katanya, pengguna jalan raya yang dikesan menggunakan nombor plat itu boleh dikenakan kompaun, malah penjualnya juga boleh dikenakan tindakan.

“Penunggang motosikal terutama golongan muda dinasihatkan tidak terikut ajakan rakan dan membeli nombor plat berkenaan kerana ia salah di sisi undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Shamsuddin Sulaiman berkata, pihaknya sudah menetapkan spesifikasi khas untuk nombor plat kenderaan di Malaysia dan hanya tiga bentuk nombor plat dibenarkan.

“Jenis pertama huruf dan nombor putih yang dilekatkan atau ’embossed’ atas bingkai hitam tanpa corak.

“Kedua, huruf dan nombor putih yang dilekatkan atas bingkai merah bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan International Natural Rubber Association manakala yang ketiga huruf dan nombor hitam yang dilekat atas bingkai putih bagi teksi atau kereta sewa,” katanya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neotoxin 30-7-2013 07:26 AM
Last edited by neotoxin on 30-7-2013 07:27 AM

Quote tongkatwaran75 30-7-2013 07:30 AM
buruknya...



Quote kucen 30-7-2013 07:30 AM
semangat raya betul....

raya sebulan jer... bukan setahun...
Quote Zep 30-7-2013 07:31 AM
Buroknya design. design pakai paint kah?
Quote ninja boy 30-7-2013 07:31 AM
mcam jakun beraya saja
Quote mrsamz 30-7-2013 07:34 AM
Stok rempit je yg order ni
Quote paz 30-7-2013 07:35 AM
tak cantik
Quote ais_kosong 30-7-2013 07:43 AM
buwoknya...
Quote ninokostra 30-7-2013 07:43 AM
Macam ni pun boleh jadi trend. Hadoiii.. aku dlu kene saman sebab no7 guna L terbalik.
Quote airfilterkotor 30-7-2013 07:44 AM
Macam hasil tangan budak baru abih kursus photo paint.
Quote MsCinderella 30-7-2013 07:49 AM
hodohnya design..
Quote lil_honey 30-7-2013 07:50 AM
kad raya zaman bile nih
Quote md.jie 30-7-2013 07:56 AM
hancus keretaku yang ensem itu klu boh plet gini
Quote cmf_rambutan 30-7-2013 07:59 AM
buruk cenggini 14 ribu tempahan... mcm tak percaya..
Quote airfilterkotor 30-7-2013 08:00 AM
Berdasarkan maklumat dalam laman sembang sosial kumpulan itu, pembeli perlu menempah nombor plat kenderaan mereka pada harga RM25 dan mengambil masa seminggu untuk siap.

Malah sehingga kini, 14,000 nombor plat ditempah pengguna motosikal.

14,000 orang tu sah-sah buta seni... dan kayu.
Quote ibu_haritz 30-7-2013 08:02 AM
mat rempit jer yg ckp trend....
Quote mamarock 30-7-2013 08:04 AM
Kreatifnya pemikiran...Cara menjana duit mengikut musim..
Quote supernaturalee 30-7-2013 08:04 AM
mrsamz posted on 30-7-2013 07:34 AM
Stok rempit je yg order ni

14,000 stok rempit?
bnyk nyee

Quote nurul_akmar 30-7-2013 08:07 AM
x cantik pon

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.097949 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top